Laungan kekal bergema lepas dua gol sendiri lawan bantu Sabah FC layak ke ‘next round’ Piala AFC – Sukan


SABAH FC mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya dalam Piala AFC selepas mudah menewaskan tuan rumah, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Khamis.

Perlawanan itu hanya bertahan selama 15 minit selepas hujan lebat dan petir menyebabkan pengadil perlawanan, Liu Kwok Man memberhentikan permainan selama setengah jam.

Namun begitu, sebelum pengadil meniupkan wisel hantaran lintang Daniel Ting di sebelah kiri menyebabkan pertahanan import Hougang, Noaki Kuriyama tertampan ke dalam gol sendiri pada minit ke-15.

Selepas setengah jam, perlawanan bersambung semula namun permukaan padang mengganggu corak permainan Sabah selepas bola tersangkut akibat takungan air.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Darren Lok berjaya memperkukuhkan namanya selaku penjaring terbanyak Piala AFC selepas menyumbat gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-44.

Kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua, selepas lima minit perlawanan bersambung, Ramon Machado memanfaatkan kesilapan Hougang United menerusi satu sepakan voli yang deras sekali gus menewaskan Zainol Gulam.

Pada minit-77, larian pantas Rizal Ghazali dan hantarannya sekali lagi menyebabkan pemain import Hougang, Anders Aplin tertampan ke dalam gawang sendiri.

Sebelum wisel penamat ditiupkan, Gabriel Quak berjaya membawa gol sagu hati selepas melepasi dua pertahanan Sabah.

Sabah jelas menguasai permainan sepanjang 90 minit perlawanan walaupun Hougang United beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan kekal 4-1 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh Liu Kwok Man sekali gus anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mara lebih jauh ke pusingan seterusnya.

Saddil Ramdani (tengah) berjaya mengekalkan momentum terbaik untuk membantu Sabah FC.

Sebelum ini, Hougang United tewas dengan keputusan 1-3 ketika bertandang ke Sabah pada 21 September lalu.

Dalam media sosial, kemenangan skuad Datuk Ong Kim Swee itu mula menimbulkan kerisauan daripada penyokong jika pemain sedia ada tidak kekal bagi saingan musim depan.

“Mohon pihak pengurusan Sabah FC kekalkan semua pemain untuk musim depan, sebab permainan mereka sudah serasi dalam semua posisi,” kata Julymann Mann.

“Punya buruk masa hujan padang dia, Stadium Likas lebih elok kalau hujan lebat,” jelas Questylez Jose.

“Import Sabah sangat berkualiti, Ramon itu ‘sharp’, Darren itu rajin ‘pressing’,” ujar Roy Ton Gubar.

Kemenangan Sabah itu menyaksikan Sang Badak menduduki tempat pertama dalam Kumpulan H dengan 12 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fandi tidak terkilan dan kekal bersama Tok Gajah, anggap ‘top 5’ tetap memuaskan – Sukan

Next Post

[VIDEO] Kapten Marvel era 90-an seru penyokong Sang Kenari bantu KDA FC padam misi Asia Selangor – Sukan

Related Posts