Last call up aku masa Nelo Vingada — Ahmad Beto – Sukan


KEHADIRAN Kim Pan-gon ke tanah air menyuntik kembali semangat pemain ke-12 untuk menyokong Harimau Malaya terutamanya selepas ramai kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan di musim 2021 yang gagal dalam Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Sejak memulakan tugas sebagai ketua jurulatih pada Januari 2022, pengendali dari Korea Selatan itu memberi banyak kenangan manis untuk pasukan negara seperti membantu Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.

Lebih manis apabila Pan-gon berhasil dilaksanakan impian rakyat Malaya untuk melihat pasukan Harimau Malaya berjaya melayakkan diri secara merit ke kejohanan Piala Asia 2023 pada Jun 2022 buat kali pertama sejak 43 tahun yang lalu.

Tidak cukup dengan itu, pengendali berusia 54 tahun berkenaan membantu skuad kebangsaan melonjak tujuh anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-130 Fifa selepas menewaskn pasukan ke-96 dunia iaitu Kyrgyzstan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia minggu lalu.

Dengan kejayaan demi kejayaan dicipta Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon, tidak keterlaluan jika ada penyokong yang mula membandingnya dengan seorang lagi bekas jurulatih import negara iaitu Nelo Vingada.

Ciapan dari Ahmad Khairil. — X/AhmadBeto

Vingada adalah pengendali import dari Portugal yang sebelum ini meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya pada Disember 2017 selepas hanya sempat menabur bakti bersama pasukan negara selama tujuh bulan.

Jurulatih itu menerima kecaman hebat daripada penyokong apabila skuad kebangsaan merekodkan lima kekalahan dan dua seri dalam tujuh perlawanan, manakala ranking Fifa negara pada ketika itu ialah di tangga 174.

Walaupun perbandingan ketara kelihatan antara Vingada dan Pan-gon, di sisi lain masih ada pemain kebangsaan merinduinya terutama bekas tonggak yang pernah diberi peluang untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Misalnya, bekas wonderkid Perak iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri pertama kali berpeluangmenyarung jersi skuad senior negara bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

Ahmad Khairil ketika menyertai latihan kem kebangsaan. — Instagram/AhmadBeto

“2017 last aku call up masa Nelo Vingada,” luahnya ringkas pada platform X.

Panggilan ke kem Harimau Malaya tercetus apabila Ahmad Khairil ataupun mesra dengan sapaan Beto tampil dengan persembahan cemerlang dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia dan selepas itu dia tidak pernah lagi menyarung jersi kebangsaan.

Anak jati kelahiran Teluk Intan, Perak itu memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Belia Perak pada 2012 sebelum sertai skuad Piala Presiden Perak yang mana dia membantu pasukan itu menjadi juara pada 2014.

Selepas meninggalkan skuad The Bos Gaurus (TBG) pada musim 2021, penyerang sayap kanan itu juga pernah menyertai beberapa kelab seperti Petaling Jaya City FC dan Sarawak United FC sebelum menyertai Kelantan FC pada musim ini.

Bersama skuad The Red Warriors, Beto hanya beraksi dalam dua perlawanan Liga Super dan ia dipercayai kerana masalah kecederaan dan kecergasan yang dialami. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Pengadil cedera dipukul 3 lelaki misteri di Sitiawan rupanya anggota TLDM – Sukan

Next Post

Bukan kali pertama, Lee Tuck pernah buat kejutan tinggalkan Terengganu sebelum ini – Sukan

Related Posts