Langkah pujuk fans isu 21,000 kerusi ‘hilang’, Hannah Yeoh akan umum infra tambahan di SBNJ – Sukan


MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh cuba menambat hati penyokong Harimau Malaya apabila beliau menyatakan akan memasang infrastruktur tambahan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, maklumat terperinci berhubung infrastruktur tambahan itu tidak dinyatakan.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan penyokong menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam saingan Piala AFF 2022 pada Sabtu.

Langkah itu dilaksanakan selepas rata-rata penyokong tempatan berang apabila kehilangan sebanyak 21,000 tempat duduk yang tidak digunakan pada perlawanan itu, susulan struktur pentas konsert penyanyi antarabangsa, Jay Chou dalam proses pemasangan.

“Tunggu pengumuman. Nanti kami akan mengumumkan sesuatu mengenai infrastruktur tambahan,” katanya selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Al-Ikhsan X The Messi Brand di Sunway Pyramid pada Jumaat.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan, kesemua 59,000 tiket bagi perlawanan pada Sabtu sudah habis terjual.

Katanya, tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.

Sementara itu, akaun Facebook dan Instagram Jay Chou itu ‘diserang’ penyokong skuad Harimau Malaya.

Selain meluahkan rasa tidak puas hati, mereka juga menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tanker’ Gajah Perang tak gerun jumpa Safawi – Sukan

Next Post

Sukar jangka taktikal Thailand, ‘ekor’ sejati jadi senjata Harimau Malaya – Sukan

Related Posts