Lagi bintang Harimau Muda dalam radar OKS musim depan – Sukan


SESIAPA yang mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia musim ini terutamanya dalam saingan Liga Super, pasti akan melihat kebangkitan Sabah FC dalam saingan domestik.

Jika dibandingkan dengan musim lalu yang hanya menduduki tempat kesembilan dalam Liga Super, pencapaian Sabah tahun ini lebih membanggakan kerana berjaya mendapat tempat ketiga.

Bagaimanapun, pencapaian itu masih mengecewakan penyokong kerana Sabah FC gagal mengekalkan momentum sehingga terlepas peluang untuk melayakkan diri ke saingan Piala AFC musim depan.

Kegagalan itu dikatakan kerana ketumpulan bahagian serangan Sabah FC sehingga memaksa mereka untuk berpuas hati pada keputusan akhir saingan Liga Super.

Penyerang import seperti Jose Embalo jelas tidak memberi faedah buat Sabah FC selepas hanya berjaya menyumbang satu gol buat skuad The Rhinos.

Oleh itu, bagi memperkukuh jentera serangan, pihak pengurusan Sang Badak pasti sedang sibuk untuk mencari calon-calon penyerang yang boleh membawa hasil kepada pasukan itu pada musim depan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal memperkukuh skuad The Rhinos pada musim depan ialah pemain Petaling Jaya City FC (PJ City FC), Darren Lok.

Selepas Darren, muncul lagi khabar angin baharu yang mengatakan seorang penyerang tempatan bakal menyertai skuad The Rhinos pada musim depan.

Pemain yang dimaksudkan adalah bekas penyerang Harimau Muda iaitu Muhammad Jafri Firdaus Chew yang kini sedang menyarung jersi Penang FC.

Jafri Firdaus (depan) sewaktu beraksi bersama Harimau Muda.

Nama Jafri bukan lagi satu rahsia dalam kalangan peminat apabila pernah mendapat tunjuk ajar pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee semasa menjadi bos Harimau Muda sebelum ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini memulakan karier bersama Harimau Muda B sejak 2013 sebelum bersama Harimau Kumbang selama dua musim iaitu pada 2016 dan 2017.

Selepas bersama Penang FC, pemain berusia 25 tahun itu bertukar angin ke kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada musim 2018-2019 dan Kedah Darul Aman FC (2019-2020).

Detik hitam Jafri adalah sewaktu bersama Kedah yang mana dia mengalami kecederaan semasa berdepan PJ City dalam satu perlawanan persahabatan menyebabkan dia dilepaskan oleh kelab Utara tanah air itu pada penghujung dua tahun sudah.

Tidak berputus ada, Jafri kembali ke kancah Liga M semula dengan menabur bakti kepada Harimau Kumbang pada musim 2021 sehingga kini.

Jafri Firdaus bersama Penang FC.

Pemain berketinggian 1.75 meter itu juga bukan hanya boleh bermain sebagai penyerang, malah dia juga beralih arah bertukar ke posisi pertahanan kanan bersama Penang FC pada musim ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil demi memastikan dia boleh mendapat minit bermain yang lebih kerap setelah berusaha sebaik mungkin untuk bersaing dengan penyerang import.

Jika Sabah FC mengambil Jafri sebagai penyerang, berkemungkinan Kim Swee akan menggunakan sistem penggiliran pemain antara Jafri dan Darren. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan sekadar buru bintang muda, Perak FC kini menghitung hari pikat nama-nama besar – Sukan

Next Post

Gergasi Merah terus damba sentuhan samba, 2 lagi bintang Brazil jadi pilihan Tan Cheng Hoe? – Sukan

Related Posts