La Liga sepi, rugi tanpa aura Messi, Cristiano Ronaldo

LIGA Sepanyol dijangka sepi tanpa bintang Argetina Lionel Messi yang meninggalkan Barcelona, tiga tahun selepas perpindahan awal Christiano Ronaldo ke Juventus pada tahun 2018.

Pertembungan dua pemain sensasi dunia itu seringnya menjadi perhatian media apatah lagi dalam kalangan peminat yang menyifatkan mereka berdua sebagai pemain terbaik sepanjang zaman ini.

Perpindahan Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) setelah 21 tahun bersama Barcelona bukan sahaja meninggalkan kelompongan bahkan menjejaskan saham pasukan yang dijangka merudum sehingga 11 peratus.

ARTIKLE BERKAITAN: “Dia tinggalkan kita satu mesej”… Status terakhir Instagram atlet basikal New Zealand cetus persoalan

ARTIKLE BERKAITAN: Ditawarkan flat, premis komersial dan wang tunai, tapi bapa penerjun cilik China ini tolak semuanya

Status La Liga sebagai salah sebuah liga bertaraf dunia juga dijangka terkesan dengan nilai hak televisyen dan tawaran penajaan pada masa hadapan bakal menurun disebabkan kurangnya pemain terkenal dunia yang bermain di liga tersebut.

Liga tersebut sebelum ini terkenal dengan aksi drama antara Messi dan Ronaldo yang merebut gelaran pemain terbaik dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, saingan Messi bagi gelaran tersebut semakin dilupakan apabila Ronaldo memilih untuk meninggalkan Liga Sepanyol untuk menyertai Juventus pada tahun 2018.

Kini hanya tinggal Karim Benzema, Luis Suarez dan Antoine Griezmann namun tidak ada satu pun antara mereka yang mampu menandingi impak yang dibawa Messi dan Ronaldo ke liga tersebut.

Liga Sepanyol juga berdepan satu lagi masalah apabila pengumumannya mengenai suntikan dana bernilai 2.7 billion euro, hasil kerjasama mereka dengan syarikat ekuiti swasta CVC Capital Partners, tidak mendapat sokongan Real Madrid dan Barcelona.

Real Madrid mengumumkan bahawa mereka akan menyaman presiden La Liga Javier Tebas dan ketua CVC Javier de Jaime Guijarro manakala presiden Barcelona Joan Laporta enggan menerima kerjasama terbabit.

Persekutuan bola sepak Sepanyol turut menentang kerjasama tersebut.

Namun penyokong tempatan, walaupun dijangka berkurangan dari biasa, akan tetap hadir menyokong pasukan kesayangan mereka apabila La Liga bermula hari ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts