‘Kumpulan hooligan jangan cuba cetus provokasi!’ — PDRM – Sukan


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada kumpulan pengacau supaya membatalkan niat untuk membuat kekacauan atau provokasi pada perlawanan akhir Piala FA yang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, berdasarkan risikan yang dilakukan, pihaknya telah mengenalpasti kumpulan yang akan cuba melakukan provokasi pada perlawanan akhir itu yang membabitkan Terengganu menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Beliau berkata, beberapa pegawai dan anggota polis sudah ditempatkan di kawasan strategik dan akan bertindak segera jika terdapat insiden tidak diingini berlaku terutama membabitkan pergaduhan atau rusuhan.

Zam Halim

“Berkaitan isu ‘hooligan’, kita sudah lakukan risikan dan kenal pasti kemungkinan terdapat kumpulan yang akan cuba lakukan provokasi pada hari terbabit.

“Kita pastikan mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan pergaduhan, kita akan ambil gambar, ada pasukan dari kongsi gelap (D7) dan ambil video serta gambar membabitkan kumpulan cetuskan kekecohan.

“Secara keseluruhan, kita tidak boleh nak kongsikan maklumat itu, tapi perkara itu ada dan ambil tindakan awal berdasarkan identiti kumpulan yang boleh mencetuskan provokasi,” katanya pada Jumaat.

Selain itu, Zam Halim memaklumkan bahawa kira-kira 87,000 penyokong kedua-dua pasukan hadir pada perlawanan final terbabit sekali gus akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan perkarangan stadium.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium. Pemeriksaan yang dilakukan meliputi pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan yang dibawa oleh penonton.

“Selain itu, pihak polis juga akan memastikan aliran trafik di sekitar stadium berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang menuju ke stadium,” katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesabaran pemain Sarawak United berbalas, isu gaji selesai – Sukan

Next Post

Tiga kelab bakal ‘sailang’ JDT dapatkan Dion Cools – Sukan

Related Posts