Kontroversi gol ofsaid Selangor, Referee Kampung ada jawapan kenapa pembantu pengadil sukar nilai posisi pemain – Sukan


GOL kemenangan Selangor FC dalam perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih hangat diperkatakan meskipun sudah dua hari saingan Liga Super itu berlalu.

Dalam perlawanan tersebut, skuad KDA FC yang terikat seri 2-2 dengan Selangor FC, terpaksa berputih mata selepas Gergasi Merah menambah jaringan pada minit ke-78.

Namun jaringan Noor Al-Rawabdeh yang membolehkan Selangor FC mengutip tiga mata, dikatakan ofsaid hingga situasi itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sebahagian besar penyokong KDA FC.

Tangkap layar kedudukan pemain Selangor dan KDA FC ketika sepakan percuma yang menghasilkan gol ketiga Selangor FC. — Facebook

Terbaharu, @refereekampung membuat ulasan jaringan tersebut di TikTok dengan mendakwa gol kemenangan Selangor adalah ofsaid.

Bagaimanapun Referee Kampung atau namanya, Nasseb Ali beranggapan bahawa pembantu pengadil perlawanan ketika itu berada dalam situasi sukar untuk menentukan sama ada gol terbabit ofsaid atau tidak.

Menjelaskan lebih lanjut, Nasseb menunjukkan dalam video yang kedudukan pembantu pengadil bukan dalam keadaan terbaik untuk melihat dan menilai situasi ofsaid dengan tepat.

Pembantu pengadil perlawanan dikatakan tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk menilai kedudukan ofsaid. — TikTok @refereekampung

“Pasti ramai yang pelik kenapa penolong pengadil jauh ke depan. Kena faham antara tugas penolong pengadil adalah mengawasi sempadan ofsaid.

“Dalam perlawanan itu, sempadan ofsaid di pemain lawan kedua terakhir dan apabila bola disepak melepasi pemain terbabit, penolong pengadil perlu mengikuti bola sebagai sempadan ofsaid yang baru.

“Di sini penolong pengadil perlu pantas berada di kedudukan terbaik bagi mengenal pasti sekiranya berlaku gol kontroversi.

“Tetapi untuk situasi perlawanan ini, bola melantun semula dari palang dan kembali aktif dalam permainan hingga gol (ketiga Selangor FC) terhasil,” katanya panjang lebar.

Pemain Selangor dirakam dalam keadaan melebihi pemain lawan kedua terakhir yang bermakna pemain Selangor itu berada di posisi ofsaid. — TikTok @refereekampung

Nasseb berkata, memang jelas dapat dilihat kedudukan pengadil bukanlah berada dalam kedudukan tepat untuk menilai kedudukan ofsaid pemain Selangor FC.

Justeru, menurutnya, situasi sedemikian boleh dianggap situasi sukar buat penolong pengadil bukan sahaja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai gol ‘ofsaid’ itu pula, Nasseb berkata, sepatutnya Selangor FC dihukum kerana kedudukan ofsaid itu.

“Ketika gol dijaringkan, kita tengok nampak macam pemain Selangor berada dalam kedudukan ofsaid.

“Jika dilihat, pemain Selangor melebihi pemain lawan kedua terakhir yang bermakna pemain Selangor berada di posisi ofsaid dan patut dihukum,” katanya.

KDA FC kini berada di kedudukan kelima Liga Super 2023 dengan mengutip 22 mata selepas kekalahan tersebut dan Selangor yang enam mata di depan kekal di tangga kedua carta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelatih AMD meninggal dunia kemalangan jalan raya – Sukan

Next Post

Penasihat Teknikal dari Barcelona terpikat bakat 3 ubi muda Kerteh FC – Sukan

Related Posts