Kontrak disambung tapi penyokong Penang selamba cakap lepas, ‘Kami tak mau Zainal’ – Sukan

PIHAK pengurusan Penang FC pada Jumaat mengumumkan sudah melakukan rombakan terkini keahlian jawatankuasa pemilihan pemain Liga Super dan Liga Simpanan bagi musim hadapan.

Lebih menarik, persoalan mengenai kedudukan Ketua Jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan terjawab apabila pihak pengurusan mengumumkan kontrak beliau disambung sehingga 2023.

Walaupun mengalami prestasi yang tidak konsisten dalam Liga Super serta kekalahan besar kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Piala FA, Zainal masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan Harimau Kumbang.

Nyata pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan Penang FC melalui laman rasmi Facebook pasukan itu menghadirkan rasa ketidakpuasan hati penyokong Penang tentang kedudukan Zainal sebaga ketua jurulatih.

Zainal masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan Harimau Kumbang. — Facebook

“Kami tak mahu Zainal Abidin Hassan jadi ketua jurulatih, long ball itu nanti sampai bila-bila akan ada dengan dia,” luah Uzair Fauzi.

“Mana yang perubahan itu? Technical Director orang sama,head coach orang sama, mohon kekalkan player yang sama senang nak jadi bahan kelakar dalam Liga Super,” kata Muhamad Zulhamizan Zahari.

“Habislah macam ini, harap yang pilih pemain coach Manzoor Azwira, kalau Zainal Abidin masuk campur nampak gaya bungkuslah musim depan,” ujar Saiful Izuwan.

“Kami tak mahu Zainal, rosak nanti bola sepak Penang FC,” jelas Azrizal Azizi.

“Falsafah Zainal dengan coach Manzoor tak sama, dengan prestasi sekarang tak patut kekalkan Zainal. Yusri Che Lah lebih mirip dengan apa yang coach Manzoor nak bawa,” tulis Dzumalin Faisal.

Baru-baru ini Penang tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan(NSFC) selepas skuad Hobin Jang Hobin bangkit daripada ketinggalan di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Di sebalik tewas, rupanya peminat Kedah ‘terpikat’ pemain PSM Makassar, bajet ada ke? – Sukan

Next Post

‘Nak bagi cadangan biarlah masuk dek akal’ — FAM ulas penyokong minta Subkhiddin adili Piala FA – Sukan

Related Posts