Kongsi kisah budak miskin minat bola tapi tak ada duit ke sekolah, coach DVFA harap dapat perhatian TMJ, KBS – Sukan


MINAT seorang kanak-kanak lapan tahun terhadap sukan bola sepak menarik perhatian seorang pengguna Twitter, Albert Low untuk berkongsikan kisahnya di laman sosial.

Albert yang menggunakan akaun @Albert16Low memuat naik rakaman temu bual dengan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Shahrul.

Dia bertanyakan kepada Shahrul kenapa tidak ke sekolah seperti rakan-rakan sebaya yang lain sebelum kanak-kanak itu membalas dengan mengatakan bahawa keluarganya tidak berduit.

“Nama Shahrul, umur lapan tahun, saya tak pergi sekolah sebab duit tiada,” katanya.

Albert bertanya lagi, “Kalau beri duit kepada Shahrul untuk ke sekolah, nak tak?,”

Namun kanak-kanak itu menjawab enggan ke sekolah kerana malas.

Albert mengajak Shahrul ke sekolah kerana di situ, dia boleh bergaul dengan rakan-rakan sebaya selain mengikuti banyak aktiviti yang disediakan.

“Sekolah best sebab ada kawan-kawan, ada permainan ada riadah, ada sukan…tak nak ke?,” soal Albert lagi.

Begitupun Shahrul masih tidak menunjukkan minat untuk ke sekolah.

Meskipun demikian, ketika ditanya sama ada suka bermain futsal atau tidak, Shahrul mengatakan dia amat menggemari sukan itu.

“Sini best. Boleh main futsal, boleh main shoot (jaringkan gol), boleh main rampas bola.

“Saya bercita-cita nak jadi pemain bola,” kata Shahrul.

Sementara itu, Albert berkata, program seperti akademi bola sepak Dream Village Football Academy (DVFA) penting bagi pembangunan akar umbi untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun yang mempunyai minat untuk belajar bermain bola sepak serta mereka yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak.

“Kami menyediakan sokongan, pertolongan dan khidmat nasihat kepada sesiapa yang memerlukan,” katanya yang juga jurulatih DVFA.

Menerusi posting tersebut, Albert berharap ia dapat menarik perhatian pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan antara individu berpengaruh dalam suka bola sepak Malaysia.

Albert juga meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi perhatian kepada isu tersebut.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga perlu memandang serius isu kanak-kanak keciciran sekolah kerana faktor kemiskinan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas ubi muda Sabah, pelajar Hang Tuah Jaya buktikan ‘kekurangan’ tak halang tembus ke Akademi JDT, mujur ada YB Adam Adli – Sukan

Next Post

Ketiadaan ‘playmaker’ JDT bagaikan rahmat buat TFC cipta kejutan aksi Piala Sumbangsih – Sukan

Related Posts