Klopp tak simpan no. telefon Haaland

JURGEN Klopp tanpa berselindung menolak kemungkinan perpindahan Erling Haaland ke Liverpool, namun mengakui banyak lagi pasukan yang sedang mengejar bintang Borussia Dortmund itu buat masa ini.

Selain The Reds, mesin pencetak gol Norway itu turut dikaitkan akan berhijrah ke Chelsea, Machester City dan Manchester United.

Sekali pun Klopp menafikan spekulasi perpindahan Haaland ke Liverpool, berita itu tidak boleh terus diabaikan.

Ini kerana pengurus The Reds itu turut menghamburkan pujian kepada penyerang Dortmund terbabit dan menggelarkan pemain itu sebagai ‘force of nature’.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main melambung pujian Guardiola terhadap pemain ini – “Yang terbaik di dunia!”

“Sudah tentu ia akan menghadirkan sesuatu yang bahaya kerana Haaland adalah pemain yang memiliki bakat luar biasa.

“Dia (Haaland) memiliki kekuatan semula jadi. Cepat atau lambat, dia pasti akan berbincang dengan beberapa kelab mengenai masa depannya.

“Saya tidak tahu adakah ia akan berlaku tahun depan tetapi Dortmund pasti akan cuba bertindak balas.”

Ditanya tentang minat Liverpool untuk mendapatkan Haaland ke Anfield, Klopp memberikan reaksi nakal.

“Saya tidak ada nombor telefonnya. Haaland seorang pemain yang menarik. Saya sukakan energi yang dia bawa ke dalam padang.

“Tetapi dia pasti akan dipantau oleh banyak kelab. Haaland masih muda dan boleh berkembang lagi jadi pemain lebih baik.” – Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts