Klopp disyaki positif Covid-19, terlepas aksi EPL Liverpool menentang Chelsea

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp akan terlepas aksi perlawanan pasukannya menentang Chelsea dalam Liga Perdana England (EPL) pada Ahad selepas disyaki positif Covid-19.

Klopp dilaporkan mengalami simptom ringan, dengan sumber mengatakan dia ‘dalam keadaan sihat’.

Bagaimanapun, Klopp kini menjalani kuarantin dan tidak akan pergi ke London untuk perlawanan di Stamford Bridge.

Pembantu Klopp, Pep Lijnders akan mengambil alih peranan mengendalikan perlawanan itu.

Selain Klopp, tiga lagi kakitangannya juga diuji positif Covid-19.

“Jurgen Klopp akan terlepas aksi Liga Perdana Liverpool menentang Chelsea pada hari Ahad selepas keputusan ujian Covid-19 disyaki positif,” kata Liverpool dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Pengurus The Reds, yang melaporkan simptom ringan, kini mengasingkan diri.

“Oleh itu, penolong pengurus Pep Lijnders akan memimpin pasukan bagi perlawanan di Stamford Bridge,” kata kelab itu lagi. – ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Thailand muncul juara Piala AFF 2020

Next Post

Messi, tiga pemain PSG positif Covid-19

Related Posts