‘Kita tunggu dulu’, masa depan Hafizh Syarin di bumi Johor terjawab minggu depan – Sukan


PELUMBA motosikal negara, Hafizh Syahrin mendedahkan sesuatu yang menarik bakal tiba dalam arena permotoran negara.

Dia yang kini menyertai JDT Racing Team dijangka mengumumkan perkembangan mengenai masa depannya bersama-sama pasukan tersebut pada minggu depan.

Buat masa sekarang, kedudukannya dalam pasukan tersebut masih lagi belum muktamad dan proses sedang berjalan bagi memastikan Hafizh dan JDT Racing Team sah bergabung.

Selain itu, Hafizh juga memberikan isyarat yang dia dan JDT Racing Team akan melancarkan sebuah projek menjelang penyertaan mereka dalam Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) 2024.

“Berkemungkinan besar minggu hadapan akan umum perkembangan baharu dari segi projek (bersama JDT Racing Team)

“Besar atau tidak (projek) kita tunggu dahulu. Saya tahu ramai media tunggu perkembangan saya dan mereka,” kata Hafizh.

Hafizh bergabung dengan JDT Racing Team untuk ARRC 2024.

Pelumba kelahiran Selangor itu mendedahkan yang dia tidak sabar untuk menonjolkan kehebatannya di litar perlumbaan bersama-sama JDT Racing Team serta mencipta impak di kejohanan ARRC 2024.

Hadir dengan pengalaman pernah beraksi dalam saingan MotoGP selama lapan musim dan kerana itu JDT Racing Team berani mempertaruhkan kehebatannya mewakili pasukan itu pada kejohanan berprestij di Asia itu.

Sebelum ini, Hafizh mencuri tumpuan apabila menyertai JDT Racing Team dengan mereka akan menyertai Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) 2024.

Malah, penyertaan mereka turut disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang bersama-sama pasukan ONEXOX BMW TKKR Team.

Dengan penyertaan Hafizh dan JDT Racing Team dalam ARRC 2024 pastinya akan menambah kemeriahan serta meningkatkan lagi kualiti dalam kalangan pasukan permotoran negara. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kerana dengki, kelab Peru matikan lampu stadium lepas ‘rival’ menang liga di laman sendiri – Sukan

Next Post

Pampasan terlalu rendah punca konflik Lim Teong Kim-Perak FC masih berlarutan – Sukan

Related Posts