‘Kita tak mahu menangis lagi’, Nik Sharif mahu Sang Penyu berjuang rebut slot final Piala Malaysia – Sukan


KEKALAHAN di tangan Kuala Lumpur FC (KL City) menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA beberapa bulan lepas, masih segar dalam ingatan penyerang Terengganu FC, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Dia yang meledak gol kemenangan ketika skuad Penyu menewaskan KL City 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Sabtu lalu berkata, episod mengecewakan itu tidak harus berulang.

Justeru, katanya dia dan rakan sepasukan akan menggunakan segala kelebihan yang ada ketika menerima kunjungan juara 2021 itu bagi pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, 3 November ini.

“Bagi saya secara peribadi kita tidak mahukan air mata lagi selepas pada Piala FA kita kalah dengan mereka menerusi penalti, kami betul-betul akan berjuang sehabis baik untuk rebut slot final,” kata pemain berusia 26 tahun itu ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada pertembungan separuh akhir Piala FA Jun lepas, KL City melangkah ke final dengan mengecewakan Terengganu 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.

Sementara itu, Nik Muhammad Sharif gembira akhirnya dapat membantu pasukan mencatat kemenangan selepas Terengganu dan KL City seri dalam dua aksi Liga Super masing-masing tanpa jaringan di Kuala Nerus pada Mac dan 3-3 di Cheras, Julai lepas.

“Ini kali keempat kita lawan KL City tahun ini, sebelum ini semuanya seri (kecuali tewas penalti) dan ini kali pertama menang, syukur sangat walaupun kami tidak berada pada tahap terbaik,” kata bekas pemain Selangor FC itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan tidak boleh berasa selesa dengan bekalan satu gol dan cabaran yang bakal diberikan KL City, yang pasti akan kembali diperkuat dengan kehadiran Paulo Josue dan Romel Morales pada aksi separuh akhir kedua.

Sebelum bermain pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, Terengganu akan menentang kelab Filipina Stallion Laguna pada aksi Kumpulan G Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Nerus, Khamis ini dan berkunjung ke Kuantan bagi aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC, Ahad ini.

Terengganu pernah menjulang Piala Malaysia pada 2001 sebelum misi merangkul kejuaraan kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Perak 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir edisi 2018 yang merupakan kali terakhir skuad Penyu beraksi di pentas final. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hospitaliti luar stadium KL City buat penyokong Terengganu jatuh cinta – Sukan

Next Post

Zeon zoysia bukan kegagalan, perlu 6 bulan untuk digunakan — Pakar rumput – Sukan

Related Posts