‘Kita orang kampung je’, Apek ingatkan anak-anak jangan lupa asal-usul – Sukan


TEMPOH rehat Liga Malaysia (Liga M) selama kira-kira dua minggu dimanfaatkan para pemain untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.

Ada yang pergi melancong dan ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan ketika ini masih dalam suasana berhari raya.

Bagi penjaga gol utama Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat, kesempatan itu digunakan untuk pulang ke Kelantan bersama seisi keluarga bagi merayakan sambutan Aidilfitri.

Khairul Fahmi atau juga dikenali sebagai Apek tidak dapat menyambut lebaran di Kelantan pada hari raya tempoh hari kerana perlu menghadapi perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Khairul Fahmi bersama keluarganya baru berkesempatan pulang meraikan Aidilfitri di Kelantan. — Instagram @leunieyluninatasha

Dia dan keluarganya beraya di Kuala Lumpur sebelum terbang ke Sabah semula untuk menghadapi perlawanan yang berlansung pada 27 April lalu.

Dengan kepulangan bekas penjaga gol kebangsaan itu ke kampung halamannya di Kota Bharu, dia menziarahi sanak saudara serta rakan-rakan terdekat dengan dikongsikan di Instagramnya, @fahmiapexs.

Pemain berusia 34 tahun itu juga dilihat tidak melepaskan peluang membawa anak-anaknya ronda-ronda menaiki motosikal di sekitar kawasan kampung.

Menerusi satu entri Insta Story, Apek menunjukkan kepada anak-anaknya, Kayla Elayna dan Khaleel Emir sebuah kawasan tanah lapang yang pernah menjadi tapak rumah tempat dia membesar ketika zaman kanak-kanak di Kampung Dusun Raja.

“Ni la daddy nak tunjuk rumah daddy dulu…dah tak ada dah (rumah).

“Tinggal struktur tandas saja. Di dalam rumah la (tandas) tu dulu tapi (rumah) dah tak ada.

“Rumah daddy masa kecil-kecil dulu. Ingat asal usul, ingat kita orang kampung saja,” cerita Apek kepada anak-anaknya.

Apek juga menulis kapsyen berbunyi, “Lagu (macam) ni lah anok besar-besar di luar blako, moga kita cari rezeki alik luar.”

Khairul Fahmi sudah dua musim berkelana di Negeri Bawah Bayu apabila menyertai Sabah FC di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee pada 2022.

Dia dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey), yang mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012 memiliki tiga orang anak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jika dapat masuk final pun sudah cukup baik, 3 lagi ‘team’ lebih berjiwa besar — Penganalisis – Sukan

Next Post

Ab Rauf dilantik Presiden Mafa – Sukan

Related Posts