Kisah pahit bakal ‘top scorer’ Sabah FC wajar jadi pedoman kelab Liga M – Sukan


AKSI persahabatan pramusim menjadi medan terbaik untuk menguji kekuatan pemain baharu terutamanya untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi kesebelasan utama untuk saingan Liga Super 2023.

Sabah FC yang sudah melalui beberapa perlawanan pramusim mendapat respons positif daripada penyokong dan ada di antaranya juga sudah mulai memberi pujian menggunung kepada beberapa wajah baharu.

Antara nama pemain yang mencuri perhatian sebelum saingan liga bermula ialah pemain sayap kelahiran Brazil, Jailton Paraiba susulan gaya permainan dan gelecekannya sepanjang perlawanan persahabatan.

Pemain berusia 32 tahun itu berpengalaman luas dalam kancah bola sepak China dengan menyertai empat buah kelab di negara berkenaan dari tahun 2012 hingga 2017 serta 2022 hingga 2023.

Di sebalik kecemerlangan Paraiba, pemain berketinggian 1.66 meter (m) itu bagaimanapun mempunyai kisah tersendiri dan ia juga sebenarnya boleh menjadi pengajaran kepada Sabah FC dan kelab Liga Malasyia (Liga M) lain.

Paraiba akan menambah sengat di bahagian serangan Sabah FC. — Facebook/SabahFC

Sewaktu bersama kelab China, Dalian Transcendence F.C pada musim 2016, Paraiba dilaporkan menghilangkan diri pada selama 45 hari pada Mei 2017 atas alasan untuk terbang ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjaga isterinya yang melahirkan anak.

Namun tidak lama kemudian, bekas pemain Tokyo Verdy itu memuat naik video rakamannya yang mendedahkan punca sebenar dia menghilang daripada pasukan Dalian Transcendence tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada penyokongnya adalah kerana tunggakan gaji.

Bukan itu sahaja, kelab berkenaan juga sempat menuduh bahawa Paraiba melarikan diri daripada kelab tanpa memberitahu apa-apa notis namun sebaliknya berlaku.

Paraiba semasa meluahkan isu tunggakan gaji yang dialaminya.

“Saya meninggalkan Dalian kerana kelab tidak membayar gaji saya selama hampir empat bulan. Saya telah menyimpan semua bukti, dan peguam saya sudah tahu melalui saluran undang-undang.

“Pihak pengurusan tertinggi kelab telah berbohong bahawa saya melarikan diri tanpa memberitahu kelab. Saya meninggalkan pasukan kerana isteri saya nak bersalin dan yang kedua kerana mereka tidak membayar gaji saya dan bonus.

“Di bawah peraturan FIFA, saya mempunyai hak untuk menamatkan kontrak dengan pasukan kerana kelab tidak menunaikan tanggungjawab mereka,” luahnya.

Selain daripada itu, Paraiba juga menzahirkan rasa kecewannya terhadap kelab tersebut kerana hanya menaburkan janji-janji manis untuk memberi layanan baik kepada keluarganya.

Menurutnya, kelab tersebut tidak menyediakan tiket kapal terbang kepada keluarganya, tidak memberinya kenderaan dan enggan menyediakan jurubahasa.

Walaupun dilayan sebegitu rupa, Paraiba masih memberi yang terbaik buat Dalian Transcendence yang mana dia menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim 2016 dengan 15 gol daripada 38 perlawanan.

Meskipun mengalami tunggakan gaji, Paraiba tidak boleh menafikan bahawa dia sangat seronok tinggal di China dan berterima kasih kepada penyokongnya.

Diharapkan sepanjang berada di Sabah FC, Paraiba dan pemain lain tidak lagi mengalami masalah seperti tunggakan gaji yang mana boleh menjejaskan kepercayaan mereka kepada kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ada lagi kejutan, Selangor FC beri ‘hint’ dituju khas buat JDT – Sukan

Next Post

Kalah berdepan skuad simpanan China, Malaysia terlepas slot automatik ke Piala Sudirman 2023 – Sukan

Related Posts