King Ilso masih rindukan aura Darul Aman, fans bagi 3 sebab patut jadi ‘coaching staff’ Sang Kenari – Sukan


KELAB Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika ini menduduki tangga kelima saingan Liga Super 2023 apabila mengutip 15 mata selepas 10 perlawanan.

Meskipun kedudukan itu sememangnya dikatakan agak memuaskan, corak permainan yang dipamerkan Sang Kenari dilihat masih mengundang pertikaian penyokong Hijau Kuning.

Hal ini kerana, jika dibandingkan ketika musim 2016, terdapat perbezaan yang dikenalpasti berikutan barisan pemain yang berkebolehan dalam mengawal keseluruhan perlawanan.

Antara yang masih diingati penyokong apabila KDA FC ketika berjaya menjulang kejuaraan Piala FA 2017 sebaik menewaskan skuad Sri Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam, Selangor.

KDA FC menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Sri Pahang 3-2.

Ramai penyokong mula menyebut nama Ken Ilso Larsen iaitu bekas peledak berbisa import yang sentiasa memberikan kerjasama padu untuk pasukan Sang Kenari.

Namun begitu, menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram miliknya pada Ahad, Ilso menyatakan bahawa dia tidak akan lupa bagaimana perasaan ketika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong yang membanjiri Stadium Darul Aman, Kedah pada waktu itu.

Oleh itu, para penyokong menginginkan khidmat bekas pemain KDA FC itu untuk berada dalam barisan kejurulatihan pasukan Hijau Kuning pada masa depan.

Terdapat tiga sebab Ken Ilso perlu berada dalam barisan kejurulatihan KDA FC:

1. Boleh tunjuk ajar jentera serangan

Pemain kelahiran Denmark itu digelar sebagai peledak berbisa apabila berjaya mencetak 15 jaringan dalam saingan Liga Super 2017, empat hantaran bantuan sepanjang 18 penampilan dan meledak sebanyak lima gol dan empat hantaran bantuan dalam tujuh penampilan pada perlawanan Piala FA 2017.

Selain itu, Ken turut menjaringkan 15 gol dalam saingan Liga Super dan menduduki kelompok tiga teratas dalam carta penjaring terbanyak di belakang Matheus Alves (18 gol) dan Mohammed Ghaddar (23 gol).

Oleh itu, kelebihannya sebagai peledak berbisa boleh diterapkan kepada barisan penyerang KDA FC yang seolah-olah tumpul membolosi gawang pihak lawan ketika ini.

2. Berpengalaman di Eropah

Bekas pemain KDA FC itu juga mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak kerana bukan sahaja pernah bermain di Liga Malaysia (Liga-M) namun berpengalaman di liga-liga Eropah.

Pemain berketinggian 1.83 meter itu pernah muncul dalam senarai penyerang sebuah kelab divisyen dua Jerman iaitu Fortuna Dusseldorf di samping pernah beraksi bersama VFL Bochum.

Walaupun tidak menyerlah di Jerman, namun pengalaman sepanjang karier di Eropah cukup memberikan pendedahan taktikal kepada pemain Sang Kenari.

3. Keputusan disokong peminat

Kelincahannya sebagai peledak berbisa yang menyerlah di KDA FC cukup memberikan kesan di hati penyokong Hijau Kuning itu kerana setiap kali diberi tanggungjawab untuk bermain, dia akan memanfaatkan peluang tersebut untuk meledak gol.

Oleh itu, dengan kehadirannya di barisan kejurulatihan Sang Kenari, sudah pasti akan memberikan impak kepada corak permainan yang dipamerkan oleh pasukan itu sendiri.

Tambahan pula, ketika bersama KDA FC yang ketika itu dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe, Ken Ilso berjaya membantu pasukan itu memenangi dua kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih dan juga Piala FA 2017.

Jika bukan ketika zaman Nafuzi Zain sebagai jurulatih, tak salah jika Ken Ilso berada dalam senarai KIV mana-mana jurulatih Sang Kenari selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gol ini untuk Azizah Arshad dan Ayu Raudhah — Zaquan Adha – Sukan

Next Post

Selesai ucap selamat tinggal dengan kelab lama, ubi muda warisan OTW ke Malaysia – Sukan

Related Posts