Kim Swee ada syarat buat pengganti Jacob Njoku – Sukan


PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk beliau memikirkan pengganti Njoku Jacob.

Jacob yang merupakan bekas penyerang Kelantan United FC itu mencapai kata sepakat bersama pasukannya untuk menamatkan kontrak bersama skuad Badak.

Namun, ketiadaan Jacob itu masih boleh ditampung dengan kehadiran enam pemain import termasuk Park Tae-su, Telmo Castanheira dan Saddil Ramdani.

“Kita masih mempunyai pemain-pemain import dan tempatan yang lain di mana saya percaya mereka mampu untuk mengawal permainan.

“Walaupun masih terlalu awal untuk memikirkan mana-mana pemain namun kita akan cuba mendapatkan beberapa pemain untuk dinilai dahulu.

“Nanti kita akan memutuskan siapa yang akan ganti tempat Njoku (Jacob),” katanya kepada MFL.

Kim Swee juga menekankan bahawa mereka sudah bersedia untuk menempuh perlawanan seterusnya di laman sendiri.

Pertembungan Sabah dan Terengganu FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Likas pada 19 Mei kini menjadi fokus Kim Swee.

“Kita kembali berlatih seperti mana kebiasaannya dan tiada perbezaan dari segi taktikal yang ingin dilakukan.

“Prestasi pasukan yang ditonjolkan dalam tiga perlawanan sebelum ini perlu dikekalkan supaya tidak ketinggalan di kancah kedudukan Liga Super.

“Saya harap Sabah mampu mengekalkan rentak kemenangan di tempat sendiri nanti,” tegasnya.

Saksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Raikan kejuaraan La Liga di ‘rumah’ lawan, pemain Barcelona dikejar penyokong Espanyol – Sukan

Next Post

Dah 3 tahun, pemain TFC, Penang setia menanti Zamsaham ‘update’ isu gaji – Sukan

Related Posts