Kilauan emas buat rakyat Malaysia — Thinaah – Sukan

KEJAYAAN merampas pingat emas acara berpasukan campuran dengan menewaskan juara bertahan India 3-1, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan sahaja memberi makna besar buat skuad badminton negara malah kepada rakyat Malaysia secara amnya.

Pemain beregu wanita negara M.Thinaah yang berpasangan dengan Pearly Tan untuk menyumbang mata ketiga dan seterusnya mengesahkan pingat emas kembali ke dakapan pasukan badminton kebangsaan, mendedikasikan pencapaian gemilang malam tadi kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong skuad negara selama ini.

Pearly-Thinaah menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, 21-18, 21-17 sekali gus dapat membantu Malaysia membalas dendam kekalahan 1-3 kepada India dalam aksi final Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Thinaah bagaimanapun enggan terbuai dengan kejayaan dilakar di Dewan 5 Pusat Pameran Nasional itu sebaliknya mahu mengalih tumpuan dalam acara beregu wanita bersama Pearly selepas ini.

“Saya rasa buat masa ini kami hanya mahu kembali ke momentum kami dan memulakan yang baharu dalam acara beregu wanita,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengalungan pingat.

Dalam pada itu, Pearly memaklumkan kecederaan kaki yang dialaminya pada penghujung perlawanan set kedua tidak begitu serius dan boleh kembali beraksi untuk memburu pingat dalam acara beregu wanita.

Pencapaian malam tadi bukan sahaja menambah koleksi emas negara pada temasya empat tahun sekali itu kepada tiga setakat ini, malah turut mengukuhkan status Malaysia sebagai negara paling berjaya dalam acara berpasukan campuran dengan empat emas sejak pertama kali dipertandingkan pada edisi Manchester 2002. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tutup kelemahan? Penyokong Sang Kenari makin hilang sabar dengar alasan Aidil Sharin – Sukan

Next Post

‘Nothing is special’ — Dollah Salleh tuntut Sri Pahang buat lebih baik – Sukan

Related Posts