Khalid Ali pasang azam, mahu buka ‘buku baharu’ dalam kehidupan – Sukan


LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali meletakkan harapan untuk kembali meneruskan hidupnya dengan lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru awal Ramadan lalu.

Bekas tonggak skuad kebangsaan itu bagaimanapun reda dengan ketentuan ALLAH selain mahu menjalani rutin harian seperti biasa tanpa dibelenggu kebimbangan.

Malah, individu yang kini berusia 65 tahun terbabit menegaskan bahawa dia mahu membuka buku baharu dalam hidupnya dengan penuh rasa kegembiraan.

“Bagi saya, enjoy your life… baki hidup mungkin tak lama, lima atau 10 tahun. Tolak tepi rasa risau… fokus your future. Itu yang hanya saya fikirkan sekarang.

“Perkara lain semua sudah buang, no more. Apa sahaja pencapaian lalu, semua sudah tiada… sudah berlalu. Saya mahu mulakan hidup baru dengan gembira,” katanya.

Khalid yang cukup terkenal sebagai seorang pemain tengah pernah bermain pada era 1970-an yang pernah membantu negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada 1980.

Khalid Ali ketika bergelar seorang pemain bola sepak kebangsaan.

Tambahnya, kehadiran rakan-rakan yang senasib dengannya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor menyuntik semangat buatnya.

“Saya ada sertai satu kumpulan pesakit-pesakit kanser di hospital (PPUM). Dalam kumpulan itu, kami bersembang dan berbual… pesan mereka enjoy your life,” ujarnya.

Jelas Khalid lagi, hasil semakan CT scan mendapati adanya ketumbuhan sebesar 6.9 sentimeter, namun pihak perubatan tidak dapat mengesahkan sama ada ia kanser atau tidak pada peringkat awal.

“Apabila buat endoskopi, baru nampak jelas saya ada kanser, namun belum tahu tahap berapa. Selepas buat pet scan, baru nampak jelas… kanser itu pada tahap 3A.

“Ia sudah merebak tak boleh buat pembedahan hanya rawatan kemoterapi. Apa yang doktor nasihat, penyakit ini tak boleh baik, tapi boleh dirawat,” ujarnya yang mencecah usia 66 tahun.

Sekalipun mengakui berasa sedih apabila mula-mula disahkan menghidap kanser, Khalid tetap menerima berita itu dengan reda kerana menganggap ia merupakan ketentuan dan takdir ALLAH.

“Insya-ALLAH, dengan doa semua rakan-rakan dan peminat, saya mampu melawannya, saya kena kuat. Saya akan menjalani kemoterapi untuk enam pusingan dan tengok perkembangannya selepas itu,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zamsaham kongsi perancangan Kelantan FC, 5 pemain dikaitkan dengan TRW – Sukan

Next Post

Kelantan FC perlu lupakan sasaran ‘Top 10’, fokus bahagian getir – Sukan

Related Posts