Khalid Ali hidap kanser paru-paru, mohon doa orang ramai – Sukan


DIA yang dahulunya pernah membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 pastinya cukup sukar untuk dilupakan penyokong setia bola sepak tanah air.

Nama Khalid Ali Hassan pastinya sudah sering bermain di bibir orang ramai yang tidak henti-henti memberikan pujian menggunung terhadapnya.

Kelibatnya sebagai seorang bek kanan kental bukan sahaja penting untuk mengawal pintu gol, tetapi kelantangannya bersama rakan sepasukan juga sering diberikan penghormatan.

Namun, kini, individu yang sudah berusia 65 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian apabila disahkan menghidapi barah paru-paru.

Dalam laporan baru-baru ini, bekas pertahanan Harimau Malaya itu dikatakan sedang menunggu laporan mengenai adakah kanser yang dihadapinya sudah melepasi tahap kritikal.

Penyakit itu dikesan selepas Khalid mengalami gejala batuk tanpa henti sebelum dia mengambil keputusan mengatur pertemuan dengan pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Penyakit ini agak serius, doktor kata saya agak kuat tapi apabila saya dengar penyakit, saya berasa lemah. Tapi, saya akan tetap berjuang. Penyakit ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan, begitu juga semangat.

“Doktor nampak saya kuat tapi dia tidak tahu bahawa saya lemah. Yalah, penyakit yang paling ditakuti. Saya minta doa daripada netizen supaya ALLAH permudahkan penyakit ini dan berikan saya kesihatan yang baik,” katanya.

Tambah Khalid, berita yang diterima itu cukup mengejutkan sehingga dia tidak mampu memberikan reaksi dan hanya menerima ia dengan perasaan yang sangat mengejutkan.

Dalam pada itu Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin yang juga turut bersama Khalid mendapatkan pemeriksaan di hospital yakin dia mampu melalui tempoh sukar ini.

“Kami membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan awal, kemudian kami mendapati paru-parunya ada ketumbuhan.

“Kami merujuknya kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya dan sejauh manakah serius tahap penyakitnya. Yakeb akan membantunya daripada segi rawatannya,” katanya pula.

Sepanjang tempoh kariernya, Khalid cukup aktif dalam mewakili negara apabila bersama-sama skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985.

Di peringkat kelab pula, anak jati Ampang, Selangor itu pernah berkhidmat bersama Selangor FA dan Kuala Lumpur FA sebelum menamatkan tempoh permainannya pada 1985.

Khalid pernah menjulang pelbagai kejuaraan, termasuk membantu skuad Gergasi Merah menjuarai Piala Malaysia sebanyak empat kali selain membantu pasukan kebangsaan muncul pemenang pingat emas Sukan SEA 1979. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Devan optimis Shahrel Fikri kembali temui sentuhan sebenar bersama skuad Jang – Sukan

Next Post

Bekas pengurus Man United diseru selamatkan musim suram Chelsea – Sukan

Related Posts