Khabar angin berkelana ke Eropah, Saddil Ramdani dikait kelab milik jutawan Malaysia – Sukan


PEMAIN sayap Sabah FC, Saddil Ramdani sekali lagi menjadi buah mulut penyokong bola sepak tanah air selepas timbul khabar angin mengenainya menerima tawaran daripada salah sebuah kelab yang berpangkalan di Eropah pada ketika ini.

Lebih mengejutkan lagi, pemain import berusia 24 tahun itu sekali lagi dikaitkan akan berhijrah ke sebuah kelab yang berpangkalan di Bosnia, FK Sarajevo milik salah seorang jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Sebelum ini, ejen pemain yang berasal dari Indonesia itu, Alexander Talpes pernah memberitahu media antarabangsa CNNIndonesia.com bahawa Saddil akan mengikat kontrak bersama kelab gergasi Bosnia itu selama dua tahun pada pertengahan musim lalu.

Bagaimanapun, peminat menarik nafas lega selepas pihak pengurusan Sang Badak mengumumkan mereka berjaya melanjutkan kontrak pemain berketinggian 172 sentimeter bagi musim Liga Super 2023.

Saddil cemerlang bersama Sang Badak pada musim ini. — Facebook/SabahFC

Untuk rekod, kontrak Saddil bersama kelab berpangkalan di Borneo itu sebenarnya sudah tamat pada 30 November 2022 lalu tetapi statusnya kontraknya bersama The Rhinos tetap menjadi tanda tanya kerana tidak dinyatakan berapa lama Sabah FC akan mengikat pemain tersebut.

Pada masa sama, dengan berbaki beberapa bulan lagi sebelum jendela perpindahan kedua, desas-desus bekas pemain Sri Pahang FC untuk berhijrah dari pasukan negeri Di Bawah Bayu itu sudah cukup meresahkan penyokong kerana pasukan mereka akan kehilangan tonggak utama.

Sepanjang sembilan perlawanan bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee (DOKS), Saddil dilihat begitu cemerlang dengan meledakkan tiga gol dan merekodkan dua bantuan gol bagi membantu Sabah FC berada di kedudukan keempat.

Sehubungan itu, sekiranya khabar angin ini terjadi, adalah satu kerugian buat Sabah FC untuk melepaskan pemain itu ke kelab lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dua pemain Harimau Kumbang terlibat kemalangan di Balik Pulau – Sukan

Next Post

Bintang muda Selangor tak sabar gapai cita-cita bawa pulang pingat emas Sukan SEA – Sukan

Related Posts