Ketiadaan Syamer Kutty dirasai, Kim Pan-gon ada 3 calon berkaliber ganti Azam Azih – Sukan


TONGGAK tengah negara, Nor Azam Azih dilayangkan dua kad kuning dalam aksi Piala Raja Thailand ketika menentang skuad Gajah Perang pada Khamis yang sekali gus menyaksikan dia diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Ini juga menyaksikan pemain tengah Sri Pahang FC itu kempunan untuk bersama barisan pemain Harimau Malaya untuk bertemu Tajikistan dalam aksi final piala berprestij tersebut.

Azam yang diturunkan sebagai jentera bahagian tengah bersama pemain Selangor FC, Brendan Gan bermain 90 minit termasuk lima minit masa tambahan meskipun perlu menanggung kesakitan akibat kecederaan lutut sejak 2017.

Di laman sosial Facebook dan Twitter, ramai peminat bola sepak tanah air beranggapan di sebalik foul yang dilakukan Azam, pemain berusia 27 tahun itu tidak sepatutnya diturunkan Kim Pan-gon sebagai full-time player atas faktor kecederaan yang dialami.

Aksi Azam ketika mengawal penyerang Thailand, Supachok Sarachat. — Facebook/ FAM

Selain Azam dan Brendan, senarai skuad kebangsaan Pan-gon bagi menghadapi kejohanan jemputan itu turut dibarisi pemain tengah Johor Darul Takzim, Nazmi Faiz, Mukhairi Ajmal (Selangor FC) dan Zhafri Yahya (KL City).

Begitupun, ketiga-tiganya tidak dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut.

Menjelang aksi final pada Ahad, rata-rata penyokong berharap Pan-gon dapat menggunakan khidmat mereka sebaik-baiknya supaya bahagian tengah skuad kebangsaan lebih mantap.

Berdasarkan perlawanan menentang Thailand, bahagian tengah Malaysia agak longlai di separuh masa kedua yang menyaksikan kira-kira 95 peratus bola dikuasai oleh skuad Gajah Perang kendalian Mano Polking.

Ketiadaan Syamer Kutty amat dirasai pasukan kebangsaan.

“Brendan nampak kepenatan di separuh masa kedua. Azam juga nampak sangat letih hingga memaksa dia melakukan terjahan berbahaya.

“Azam bagus cuma apabila dah keletihan dan taktikal bertukar kepada bertahan, jadi (Pan-gon) kena tukarkanlah pemain yang lebih cergas dan sesuaikan dengan pertukaran taktikal,” kata seorang penyokong, Nur Zahra di Facebook Informasi Bola Sepak Terkini.

Ketiadaan Syamer Kutty juga amat dirasai pasukan kebangsaan kerana pemain itu dirasakan lebih baik dalam menggalas tugas di posisi tengah dan tengah bertahan (DMF).

Seorang penyokong, Azim Hamid berkata, separuh masa kedua memang memerlukan pemain yang tahu peranan DMF.

“Nazmi more to AMF (attacking midfielder). Tengok heat map Azam pun dah nampak dia lebih DMF berbanding Brendan. Agak terasa apabila tak dapat nak guna khidmat Syamer Kutty yang lebih all rounder,” katanya.

Aksi Brendan dalam perlawanan menentang Thailand sempena kejohanan Piala Raja Thailand 2022 pada Khamis. — Facebook/ FAM

Menjelang aksi final, sebahagian penyokong mahu melihat gandingan Brendan dengan rakan sepasukannya di Selangor FC, Mukhairi Ajmal yang dirasakan mungkin memiliki lebih keserasian di atas padang seterusnya mampu membuahkan sesuatu buat skuad kebangsaan.

“Mungkin penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad juga boleh menggantikan Azam dan bergandingan dengan Brendan walaupun dia kurang sesuai di posisi tengah,” kata Jacky di laman Twitter.

Nazmi juga dirasakan boleh bekerja dengan baik bersama Brendan di bahagian tengah.

“Teringin nak tengok Nazmi bergandingan dengan Brendan,” ujar Socceroro Sombrero pula.

“Nazmi in (final)… second half bagi Mukhairi,” kata Aiizat Mumtazz pula.

Kejohanan King’s Cup yang mula diadakan pada 1968 itu menyaksikan Thailand muncul selaku pemenang terbanyak piala berkenaan apabila merangkul kejuaraan sebanyak 15 kali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Pan-gon puji semangat juang, kekuatan mental Harimau Malaya – Sukan

Related Posts