Ketahui pro-kontra jika bintang Melaka United berhijrah ke TFC musim depan – Sukan


KHABAR angin perpindahan pemain sayap Terengganu, Faisal Halim semakin hangat diperkatakan ramai yang mana sudah ada beberapa pasukan dikaitkan dengan pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mula mendapat perhatian penyokong bola sepak kerana aksi cemerlang yang dipamerkan bersama pasukan Terengganu dan skuad kebangsaan.

Namun seorang penyokong bola sepak di laman sosial Twitter mendedahkan pemain bintang Melaka United, Sony Norde dikhabarkan akan menggantikan Faisal Halim di Terengganu bermula musim hadapan.

Faisal Halim dikhabarkan bakal sertai salah satu pasukan gergasi yang terletak di lembah klang selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab terbabit. — Facebook/ Terengganu FC

Sepanjang beraksi bersama Terengganu, Faisal Halim berjaya menjaringkan tujuh gol dan 10 assist dalam 21 perlawanan Liga Super musim ini.

Baru-baru dikhabarkan Faisal Halim bakal sertai salah satu pasukan gergasi yang terletak di Lembah Klang selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab terbabit.

Jika benar Sony Norde bakal menggantikan Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey, ini merupakan pro-kontra jika bintang Melaka United itu sertai Terengganu.

Norde mula bermain di Malaysia sejak 2020 bersama Melaka United dan sejak daripada itu prestasinya sebagai pemain import tidak pernah merudum. — Bernama

Pro:

1. Pengalaman

Tidak dapat dinafikan bekas pemain kebangsaan Haiti ini mempunyai pengalaman yang luas dalam dan luar Liga Malaysia (Liga M).

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, Norde sudah mewakili sembilan buah pasukan di Argentina, Bangladesh, India, Azerbaijan sebelum berhijrah ke Malaysia.

Norde mula bermain di Malaysia sejak 2020 bersama Melaka United dan sejak daripada itu prestasinya sebagai pemain import tidak pernah merudum.

Pemain sayap ini pastinya cukup matang dengan cara permainan pemain tempatan dan dia juga menjadi bintang rebutan beberapa pasukan di Liga M.

2. Berbahaya

Kapten pasukan Melaka United dari Haiti itu mempunyai kelebihan menghasilkan gerakan serangan berbahaya dari bahagian sayap.

Selain sayap kanan, pemain yang terkenal dengan panggilan Magician dalam kalangan penyokong Melaka itu juga berupaya bermain di posisi sayap kiri.

Meskipun berusia 33 tahun, Norde memiliki ketahanan stamina yang kuat serta tidak berdepan masalah untuk bermain selama 90 minit.

3. Rekod

Bersama Melaka United, Norde berjaya melakukan 49 penampilan berserta sembilan gol 12 assist sepanjang mewakili pasukan itu.

Pencapaian terbaik Norde setakat ini ialah membantu Mohun Bagan muncul Juara I-League (India) musim 2014/2015 dan Juara Indian Federation Cup 2015/2016 selain menyumbang dua gol antarabangsa sepanjang bersama Haiti sejak debutnya.

Mungkin berdasarkan rekod cemerlangnya dalam membantu serangan Melaka menjadi punca utama pihak pengurusan Terengganu berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pencapaian terbaik Norde setakat ini ialah membantu Mohun Bagan muncul Juara I-League (India) musim 2014/2015 dan Juara Indian Federation Cup 2015/2016. — Agensi

Kontra:

1. Umur

Bermula musim depan, Norde akan menjangkau usia 34 tahun walaupun dia beraksi konsisten selama tiga musim berturut-turut bersama Melaka United.

Pihak pengurusan Terengganu harus mencari seorang pemain yang boleh dijadikan aset jangka masa panjang bagi kebaikan pasukan.

Mungkin Norde seorang pemain handal bagi pelan jangka masa pendek tetapi untuk pihak pengurusan mengeluarkan dana yang banyak bagi menandatangani pemain kelahiran Haiti itu, ia satu perkara yang merugikan.

2. Harga

Jika skuad penyu mahu mendapatkan khidmat Norde, mereka harus mengeluarkan dana yang banyak.

Ini kerana sebelum ini dua gergasi kelab bola sepak tempatan, Selangor dan Kedah juga tidak dapat mengikat pemain tersebut dipercayai angkara harganya yang melambung.

Terengganu FC mungkin tidak mampu untuk mendapatkan Norde atas faktor kewangan jika enggan berbelanja lebih musim depan.

3. Taktikal

Setiap pemain perlukan masa untuk mengadaptasi sesebuah taktikal yang direncanakan barisan kejurulatihan pasukan.

Norde mungkin mengalami sedikit kesukaran pada permulaan musim depan jika dia tidak bersedia untuk menerima cara latihan dan taktikal baharu yang akan dibawa jurulatih.

Kali terakhir Norde beraksi bersama pasukan Melaka United adalah pada 15 Oktober 2022 dan tidak menyertai mana-mana perlawanan disebabkan pasukan Melaka dilarang beraksi dalam Piala Malaysia ekoran kemelut kewangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terjahan kasar Chanturu jejas aksi Kelantan-SUFC, kenapa tiada kad merah? – Sukan

Next Post

MUFC, SUFC gagal layak beraksi di pentas Liga Super 2023 – Sukan

Related Posts