Ketahui pro-kontra jika 4 bintang import ini dalam radar TFC musim depan – Sukan


BELUM cukup puas. Aksi Liga Super membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor FC dan Terengganu FC (TFC) menyaksikan skuad Penyu menewaskan pasukan tuan rumah 0-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan, namun beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing.

Kelalaian benteng Selangor akhirnya mengundang padah apabila TFC berjaya membuka tirai jaringan selepas sepakan deras dari luar kotak penalti, Habib Haron sekali gus menghukum penjaga gol Selangor, Samuel Somerville pada minit ke-13.

Gol pertama itu mencetus semangat skuad Penyu apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 selepas bola hantaran Faisal Halim tepat kepada Manuel Ott terus menolak kemas bola menewaskan Somerville.

Dengan kemenangan itu, rata-rata penyokong Terengganu berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu tetapi mereka mahukan pihak pengurusan menambah baik segera kekuatan pasukan dengan membawa empat pemain import baharu musim depan.

Di laman sosial, berikut merupakan empat pemain import impian penyokong TFC ketika saingan musim baharu kelak:

Ifedayo sudah menjaringkan tujuh gol dalam 11 perlawanan Liga Super. — Agensi

1. Ifedayo Olusegun (Melaka United)

Pro: Ifedayo merupakan pemain import yang mempunyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia (Liga M) dan menjadi pemain paling berbisa di hadapan gawang gol.

Pada musim 2021 bersama Selangor FC, menjadi detik terbaiknya di Liga Malaysia selepas berjaya meledak 25 jaringan sekali gus menjadi pemain pertama memecahkan rekod 23 gol yang dipegang Mohamad Ghaddar pada musim 2017.

Penyerang berusia 31 tahun itu sudah mewakili tiga pasukan dalam Liga M iaitu Felda United, Melaka United serta Selangor dan ini menjadi kelebihan buat pasukan TFC kerana pastinya Ifedayo sudah dapat menyesuaikan diri dengan negara ini.

Musim ini bersama Melaka United, Ifedayo sudah menjaringkan tujuh gol dalam 11 perlawanan Liga Super.

Kontra: Masalah tuntutan kenaikan gaji yang tinggi dikatakan menjadi punca utama mengapa kontrak penyerang import berusia 31 tahun itu tidak lagi disambung skuad Gergasi Merah musim ini.

Jika pihak pengurusan mahu mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Nigeria-Bahrain itu, mereka harus mengeluarkan dana yang besar bagi membawa pemain ini ke negeri Terengganu Darul Iman.

Tae-su berjaya menyumbang enam gol daripada 14 perlawanan. — Agensi

2. Park Tae-su (Sabah FC)

Pro: Satu lagi nama yang bermain di bibir peminat Terengganu FC adalah Park Tae-su yang lebih dikenali sebagai Karim dalam kalangan peminat fanatik The Rhinos.

Pemain berusia 33 tahun kelahiran Korea Selatan itu beraksi sebagai pemain tengah bagi pasukan Sabah FC.

Dia mula dikenali apabila jaringan sepakan percumanya buat Sabah ketika menentang PJ City FC sebelum ini tular di media sosial.

Pada musim ini, Tae-su berjaya menyumbang enam gol daripada 14 perlawanan.

Kontra: Tae-su merupakan pemain import paling lama di Sabah dan kemungkinan besar dia berasa selesa di dalam pasukan itu sekali gus tidak mahu berhijrah ke kelab lain musim depan.

Sony mempunyai kelebihan menghasilkan gerakan serangan merbahaya dari bahagian sayap. — Agensi

3. Sony Norde (Melaka United)

Pro: Kapten pasukan Melaka United dari Haiti itu mempunyai kelebihan menghasilkan gerakan serangan berbahaya dari bahagian sayap. Selain sayap kanan, pemain yang terkenal dengan panggilan Magician dalam kalangan penyokong MUFC itu juga berupaya bermain di posisi sayap kiri.

Meskipun berusia 33 tahun, Norde memiliki ketahanan stamina yang kuat serta tidak berdepan masalah untuk bermain selama 90 minit.

Kontra: Terengganu FC mungkin tidak mampu untuk mendapatkan Norde atas faktor kewangan. Ini kerana sebelum ini dua gergasi kelab bola sepak tempatan, Selangor dan Kedah juga tidak dapat mengikat pemain tersebut dipercayai angkara harganya yang melambung.

Bikana juga mempunyai pengalaman luas kerana berjaya meluaskan karier bola sepaknya di negara Eropah, Amerika Selatan dan Asia. — Agensi

4. Vincent Bikana (Ejen Bebas)

Pro: Kelebihan dimiliki Vincent Bikana dalam mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi sememangnya diakui sejak pemain kelahiran Cameroon itu mula menyarung jersi Terengganu pada musim 2013 – 2016.

Pihak pengurusan juga dapat menjimatkan dana kewangan bagi menandatangani pemain itu kerana dia kini sedang dalam status ejen bebas.

Bikana juga mempunyai pengalaman luas kerana berjaya meluaskan karier bola sepaknya di negara Eropah, Amerika Selatan dan Asia.

Kontra: Walaupun kental dalam pertahanan, Bikana dikenali antara pemain yang selalu melakukan silly mistake ketika mengemudi benteng pertahanan.

Dia juga sudah lama tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan selepas tidak menyambung kontrak bersama pasukan Mikkelin, jadi mungkin akan memberi kesan negatif dari segi permainannya jika bersama TFC musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Fans’ Selangor desak Caion, Mukhairi direhatkan: Ketahui pro-kontra jika 2 nama ini jadi pengganti – Sukan

Next Post

Tak boleh ‘move on’, Forestieri mimpi buruk Urawa Reds – Sukan

Related Posts