Ketahui pro-kontra andai Perak FC mahu sambar ‘striker’ Bangkok United – Sukan


PRESTASI semasa pasukan Perak FC yang dikatakan masih terumbang-ambing ketika ini sudah pasti memerlukan tonik baharu untuk menguatkan lagi pasukan.

Manakan tidak, persembahan yang kurang memberangsangkan daripada skuad The Bos Gaurus (TBG) dalam lima perlawanan sebelum ini penuh dengan kontrovesi.

Seperti ‘badi’ yang melekat, skuad Seladang sudah dua kali terpaksa bermain dengan kurang daripada 11 pemain apabila menentang pasukan lawan di gelanggang sendiri.

Ia dikatakan berpunca daripada kesilapan pemain sehingga mereka dibuang padang, sekali gus menyaksikan penyokong yang hadir untuk memberi sorakan berputih mata.

Antara perkara utama yang disuarakan mereka adalah mengenai prestasi pemain import pasukan kesayangan mereka itu yang dianggap tidak begitu memberansangkan.

Setakat ini, Perak memiliki pemain asing seperti Christian Obiozor dan Sunday Afolabi (Nigeria) serta Luciano Guaycochea (Argentina) serta trio Korea Selatan, Lee Joo-han, Seo Seonung dan Sim Hyun-ki.

Pombubpha merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal menyarung jersi TBG untuk separuh kedua musim 2023. — Agensi

Sehubungan itu, penyokong fanatik skuad di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim itu berharap agar pihak pengurusan untuk melakukan perubahan.

Salah satu cadangan yang disuarakan adalah mengenai desakan pihak pengurusan untuk mengambil seorang lagi pemain import yang mampu mengubah corak permainan sekali gus membantu mereka bersaing dengan kelab-kelab lain.

Penyerang Bangkok United, Chanan Pombubpha merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal menyarung jersi TBG untuk separuh kedua musim 2023.

Walaupun ia masih di peringkat khabar angin, namun ada desas desus yang mengaitkan bekas pemain skuad kebangsaan Thailand itu akan menyertai Perak FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super nanti.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan kelebihan dan kekurangan sekiranya Pombubpha berhijrah ke pasukan di tangga ketujuh Liga Super tersebut.

Kelebihan

Di peringkat antarabangsa, Pombubpha pernah membantu Thailand meraih dua pingat emas di Sukan SEA 2013 dan 2015. — Agensi

1. Beri tambah nilai di bahagian serangan

Berketinggian 182 sentimeter, Pombubpha yang bermain di posisi penyerang akan memberi kelebihan buat skuad The Bos Gaurus.

Apatah lagi bahagian serangan pasukan tersebut dilihat masih memerlukan penambahbaikan dari segi kualiti dan pengalaman.

Dalam perlawanan sebelum ini, rekrut import baharu Perak FC, Christian Obiozor masih gagal untuk memberikan sumbangan seperti yang diharapkan oleh penyokong.

2. Berpengalaman

Penyerang yang memiliki kemampuan beraksi di posisi sayap ini juga merupakan salah seorang pemain kebangsaan skuad Gajah Putih.

Kariernya dalam liga Thailand juga tidak boleh dipandang rendah apabila dia pernah mewakili beberapa kelab gergasi selain mengecapi pelbagai kejayaan. Musim lalu pemain berasal dari Pathum Thani itu beraksi dalam 17 perlawanan liga untuk Bangkok United dan mencetak tujuh jaringan.

Pada masa sama, sebelum berhijrah ke Bangkok United, Pombubpha pernah meraih gelaran juara liga bersama Muanthong Uited pada musim 2009.

Di peringkat antarabangsa, pemain ini turut pernah membantu Thailand meraih dua pingat emas di Sukan SEA 2013 dan 2015.

Kekurangan

Pombubpha dikatakan agak berusia dan tidak sesuai dengan strategi Teong Kim. — Agensi

1. Berusia

Berumur 31 tahun, Pombuppha dikatakan agak berusia dan tidak sesuai dengan strategi Teong Kim yang ketika ini menggunakan khidmat pemain muda dalam pasukannya.

Pada masa masa sama, pemain berasal dari Pathum Thani, Thailand itu pada ketika ini sedang direhatkan kerana mengalami kecederaan lutut berdasarkan laporan media Thailand.

Faktor usia itu pastinya menyukarkan proses penyembuhan meskipun fizikal serta pengalamannya dilihat sebagai antara aset utama melayakannya dalam Liga Super.

Tidak cukup dengan itu, landskap bola sepak tanah air juga dikatakan sedang menempuhi fasa peningkatan dengan rentak permainan dikatakan semakin laju.

2. Komunikasi (Keserasian)

Seperti dinyatakan di atas, skuad TBG hanya memiliki enam pemain import untuk musim 2023 dengan Teong Kim lebih berminat menggunakan anak jati tempatan.

Jadi, mereka pastinya lebih mudah untuk mencipta keserasian di luar padang, sekali gus dapat diterjemahkan dengan gaya permainan kemas setiap kali beraksi.

Persoalannya, sekiranya Pombuppha dipilih pihak pengurusan untuk mengemudi jentera serangan, adakah ia akan memberi impak negatif terhadap gaya permainan Teong Kim.

Tambahan pula, kesukaran untuk menghidangkan peluang keemasan di hadapan pintu gol lawan juga akan menyukarkan lagi proses komunikasi seperti mana dilihat ketika ini.

Namun, dengan Perak FC dikatakan lebih berminat untuk melakukan perancangan jarak jauh, pemain kebangsaan Thailand itu pasti mempunyai masa untuk mengorak langkah dalam pasukan dengan mencipta keserasian bersama rakan sepasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Peledak berbisa’ Sri Pahang is back’, fans Tok Gajah ‘warning’ Kedah baik tarik diri sebelum kena baham 7-0 – Sukan

Next Post

Tonggak ‘last man’ Sang Kenari enggan terlalu terbuai dengan pujian lepas ledak jaringan – Sukan

Related Posts