Keserasian Shahrel Fikri, 2 lagi bintang jadi tumpuan aksi pramusim NSFC-Penang FC – Sukan


KEHANGATAN aksi pramusim terus dirasai apabila Negeri Sembilan FC (NSFC) menerima kunjungan skuad Penang FC dalam perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Selasa.

Kedua-dua pasukan itu akan diuji dari segi keserasian, tahap kecergasan dan taktikal sebelum mereka menghadapi saingan sebenar apabila Liga Super membuka tirai 24 Februari depan.

Skuad Sang Kumbang yang menduduki tangga tercorot tentunya tidak mahu menjadi mangsa belasahan pasukan lain termasuk NSFC yang berada di kelompok empat teratas carta liga.

Bagi pemain skuad Hobin Jang Hobin, mereka juga mahu meneruskan momentum untuk sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan dan menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan terbaik musim ini.

Shahrel Fikri mahu memberikan aksi terbaik bersama NSFC. — Facebook

Ada beberapa perkara yang dijangka menjadi tumpuan kedua-dua penyokong menerusi perlawanan persahabatan itu.

Salah satu tumpuan perlu diberikan kepada tonggak utama NSFC, Shahrel Fikri yang melaungkan cabaran untuk membuktikan prestasi terbaik bersama pasukan The Jangs.

Selepas bebas daripada kecederaan, penyerang NSFC itu berharap mendapat kembali minit permainan dan memberikan persembahan bertenaga di atas padang.

Malah bekas pemain Selangor FC itu mahu memikat semula pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon agar dapat diberi peluang beraksi semula dengan skuad kebangsaan.

Tommy Mawat (jersi biru) ketika beraksi bersama Sabah FC. — Facebook

Selain Shahrel Fikri, penyokong tentunya mahu melihat aksi Tommy Mawat Bada selepas bekas pemain Sabah FC itu diperkenalkan sebagai pemain bek kiri dan sayap kiri The Jangs.

Memiliki ketinggian 1.73 meter, Tommy berpengalaman luas dalam Liga Malaysia kerana pernah beraksi untuk pasukan PJ Rangers, PKNS FC, Kuching City FC dan Sarawak United FC.

Seorang lagi pemain yang bakal mencuri tumpuan adalah Mahali Jasuli yang pernah menjadi keyplayer gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) suatu ketika dahulu.

Mahali mempunyai kelebihan bermain di pelbagai posisi. — Facebook

Selain pernah membantu JDT memenangi AFC Cup 2015, Mahali juga merupakan sebahagian dari pemain Harimau Malaya yang menjuarai AFF Suzuki Cup 2010.

Mewakili PJ City FC pada musim 2022, bekas pemain kebangsaan itu mempunyai kelebihan bermain di pelbagai posisi.

Sentuhan pengendali, K Devan untuk melihat keserasian ketiga-tiga bintang tersebut bersama pemain lain akan dapat disaksikan dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Perlawanan pramusim itu juga menjadi medan jurulatih itu membuktikan kebolehan dan pengalamannya sebagai salah seorang jurulatih terbaik negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas kapten Perak kahwini artis tempatan – Sukan

Next Post

Baru aksi pramusim, tapi penyokong dah beri kata dua kepada ‘otai’ Sang Penyu – Sukan

Related Posts