Kes Covid-19 cecah 1 juta, Jepun bayangkan temasya Paralimpik mungkin dibatalkan

PENGANJURAN temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang baru saja selesai hujung minggu lalu telah dianggap berjaya walaupun diadakan dalam situasi Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Daripada kira-kira 15,000 atlet dan pegawai yang mengambil bahagian, hanya 31 orang dilaporkan positif.

Namun, temasya Paralimpik yang bakal berlangsung di venue yang sama pada 24 Ogos hingga 5 September ini berdepan kemungkinan ditangguh atau dibatalkan akibat peningkatan kes semasa yang mendadak di Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dik Wan tekad pertahan emas pada Sukan Paralimpik

ARTIKEL BERKAITAN: Status atlet angkat tiup semangat, motivasi ahli sukan para negara

Panel pakar yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu berdepan wabak tersebut akan bermesyuarat di Tokyo Isnin depan bagi membincangkan risiko yang bakal dihadapi oleh puluhan ribu atlet, pegawai, staf sokongan dan media yang bakal menghadiri acara tersebut.

Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit Jepun, Kazuhiro Tateda berkata, situasi Covid-19 di negara itu kini berada pada tahap kritikal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kami akan memberi cadangan agar kerajaan mengeluarkan pesanan yang lebih keras kepada orang ramai supaya mengubah tingkah laku mereka untuk menghentikan penyebaran virus. Namun jika itu tidak dapat dilakukan dan jumlah kes terus meningkat, maka saranan kami adalah agar Paralimpik dibatalkan,” katanya yang juga salah seorang anggota jawatankuasa penasihat kerajaan.

Pihak berkuasa pada Ahad lalu melaporkan terdapat 4,066 kes baharu di Tokyo, peningkatan sebanyak 1,008 berbanding satu minggu sebelumnya, dengan 151 orang berada di tahap kritikal.

Secara keseluruhan, Jepun mencatatkan sebanyak 14,472 kes baharu Ahad lalu dan jumlah jangkitan kini dilaporkan telah melebihi 1 juta. Seramai 15,297 menjadi korban selepas sembilan lagi kematian dilaporkan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts