Kereta Bugatti RM9.17 juta milik Ronaldo terlibat kemalangan, rempuh rumah

KERETA model Buggati milik Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan apabila merempuh sebuah rumah di Majorca, Sepanyol.

Kejadian berlaku pada Isnin ketika penyerang Manchester United itu sedang bercuti.

Bintang Portugal itu dilaporkan tidak berada di dalam kenderaan itu ketika kejadian.

Kereta milik pemain berusia 37 tahun itu dikatakan mengalami sedikit kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lagi kereta mewah… Ronaldo beli Bugatti Centodieci RM47 juta, hanya 10 unit di dunia

Dalam insiden itu, kereta Bugatti Veyron hitam berharfa £1.7 juta (RM9.17 juta) telah merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan di pantai timur di Sa Coma.

Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.

Difahamkan pemandu yang merupakan pekerja menaiki kenderaan itu tidak mengalami kecederaan serius, dan dipercayai terdapat lebih seorang di dalam kereta ketika kejadian. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Betul ke Gerard Pique derita selepas berpisah dengan Shakira?

Next Post

Tolak imej seksi, peninju wanita tak mahu terkenal dengan cara kotor… Malu dengan anak

Related Posts