Keputusan pelik EPL…Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

PENYOKONG bola sepak pasukan Liga Perdana Inggeris tidak perlu menunjukkan sebarang bukti status vaksin atau ujian Covid-19 untuk menyaksikan perlawanan di stadium pada musim baharu yang bermula Jumaat ini.

Memetik laporan DailyMail, penyokong hanya akan menjalani pemeriksaan secara rawak terhadap status Covid-19 dalam beberapa minggu pembukaan.

Keputusan itu turut mendapat perhatian bekas pemain pertahanan Manchester United dan pakar Sky Sports, Gary Neville yang menyifatkan ia sebagai tindakan yang pelik.

Bagaimanapun terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa ‘pasport vaksin’ akan diperkenalkan pada akhir September ini bagi lokasi yang mampu menampung lebih 20,000 penonton.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Liga Perdana, mereka menegaskan bahawa walaupun terdapat kelonggaran, namun penjarakan sosial dan sistem laluan sehala akan dilaksanakan sebagai langkah persediaan untuk menerima kapasiti penuh sejak pandemik Covid-19 bermula.

“Untuk beberapa perlawanan awal musim ini, penyokong hanya akan menjalani pemeriksaan secara rawak sehinggalah kami menetapkan dan mewajibkan pemegang tiket perlu menunjukkan status vaksin Covid-19 semasa ketibaan mereka.

“Terdapat juga kemungkinan bahawa langkah keselamatan akan berubah dalam waktu singkat. Peminat perlu sentiasa mengikuti panduan kesihatan awam terkini dari kelab mereka.

“Kami optimis bekerjasama dengan peminat, kumpulan penyokong, pihak kepentingan bola sepak, dan pihak berkuasa tempatan agar orang ramai dapat memenuhi stadium dengan bersemangat dan pada masa sama tetap selamat dari Covid-19,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts