Kepulangan 2 muka lama Perak termasuk pemain Liga M3 boleh hidupkan semula musim TBG – Sukan


WALAUPUN dibawah pimpinan baharu, Perak FC kekal berada di takuk lama, yang mana masih mencari-cari solusi terbaik untuk mengembalikan skuad The Bos Gaurus (TBG) cemerlang seperti suatu ketika dahulu.

Perak FC yang baru sahaja melantik jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) Perak, Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih sementara bagi menggantikan Datuk Lim Teong Kim belum dapat memuaskan hati penyokong.

Ujian pertama sewaktu menentang Terengganu FC (TFC) membuktikan Yusri kurang memberikan impak apabila tewas 0-3 di tangan skuad Penyu bagi saingan Liga Super pada Sabatu.

Dengan jendela perpindahan yang semakin menghampiri, tidak banyak diharapkan pengikut skuad TBG selain menanti ketibaan beberapa muka lama untuk membantu membaiki kembali kedudukan Perak FC.

Cadangan daripada laman penyokong Perak, Silver Retro berhasrat untuk melhat Raffi Nagoorgani dan Kenny Pallraj kembali menyarung jersi Seladang, selain mempercayai dua pemain itu mampu mengubah permainan kelab tersebut.

Nagoorgani yang kini berusia 31 tahun sedang menabur bakti bersama pasukan Liga M3, Harini FC selepas kelab lamanya iaitu Petaling Jaya (PJ) City FC terpaksa dibubar susulan kekurangan pelaburan dan sumber kewangan.

Raffi juga pernah menyarung jersi Penang FC pada musim 2020/21 — Facebook/PenangFC

“Aksi Shivan Pillay ketika ini tidak lah terlalu teruk, cuma Shivan dilihat memerlukan rakan yang baik di sisi. Daripada sudut itu, pada penilaian SR, Raffi Nagoorgani adalah antara pilihan yang tepat bagi menggalas peranan tersebut.

“Raffi mempunyai statistik yang agak baik dalam penampilannya. Ketika PJ city menggunakan keseluruhan pemain tempatan, Raffi antara pemain regular yang sentiasa ada dalam kesebelasan utama. Mungkin ada yang kurang setuju, namun itu adalah apa yang SR rasakan perlu ketika ini di samping seorang pemain import dibahagian tersebut,” cadangnya.

Manakala, Kenny pula pernah meluahkan hasrat untuk kembali menyarung jersi Perak FC sekiranya mendapat peluang tersebut satu hari nanti.

Dia kini beraksi bersama Kuala Lumpur (KL) CIty merupakan calan sesuai untuk mengisi posisi tengah bertahan Perak FC berikutan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi Asia seperti Piala AFC dan dalam Kelayakan Liga Juara-Juara Asia.

Kenny sudah tampil dalam 12 penampilan bersama skuad Warga Kota bagi saingan Liga Super musim ini. — Instagram/Kenny

“Bagi posisi tengah bertahan pula, tiada lagi nama yang layak selain Kenny Pallraj, individu yang dikenali sebagai pemain yang akan sentiasa bermati-matian untuk pasukan yang diwakilinya. Jika dengan pasukan luar pun dia beraksi sedemikian, apatah lagi ketika bersama pasukan kesayangan nya Perak.

“Kenny antara pemain yang menjadi idaman setiap pasukan kerana kebolehannya bermain di semua posisi kecuali penjaga gol. Mungkin jika diberi peluang, Kenny juga mampu beraksi sebagai penjaga gol.

“Mungkin nama mereka tidak gah, tetapi apa yang mampu disumbangkan oleh kedua-dua pemain ini akan menjadi sesuatu yang menarik untuk menambah kekuatan pasukan di posisi yang kritikal ketika ini. Dengan kualiti yang ada pada duo tersebut, SR berpendapat Raffi Nagoorgani dan Kenny Pallraj sepatutnya berada di dalam pasukan ketika ini,” tambahnya.

Penyokong berkenaan mempercayai kehadiran dua wajah lama itu mampu mengembalikan skuad Seladang ke landasan yang benar dan mengulang kembali kejayaan Perak FC sebelum ini.

Antara trofi yang pernah dijulang Perak FC ialah kejuaraan liga pada 2003, Piala Malaysia 2018, Piala FA 2019 dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ikut jejak langkah Greenwood, giliran Antony belasah bekas teman wanita – Sukan

Next Post

[VIDEO] Ultras Napoli pulangkan stereng kereta, CD dicuri 4 tahun lepas sebagai hadiah perpisahan Luciano Spalletti – Sukan

Related Posts