Kepingan emas imej Piala Malaysia antara koleksi sempena 100 tahun kejohanan tertua Asia

SET edisi terhad kepingan emas memeriahkan sambutan 100 Tahun Piala Malaysia, pada Khamis.

Produk khas sempena Jubli Emas kejohanan bolasepak itu hasil kerjasama Malaysia Football League (MFL) dengan kerjasama Ninox Idea dan Faidh Jewels.

Sebanyak 999 kepingan emas seberat 0.5 gram ini akan mula dijual pada harga bermula RM299 setiap satu.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata kerjasama ini membuka pintu kepada pihak lain untuk turut bersama MFL dalam mengkomersialkan nilai Liga Malaysia yang telah bermula sejak Ogos 1921 lagi.

“Pertamanya saya mahu mengucapkan tahniah kepada Ninox Idea dan Faidh Jewels yang tampil menjadi rakan kolaberasi bersama MFL untuk mengeluarkan set komemoratif edisi terhad 100 tahun Piala Malaysia.

“Produk seperti ini sudah pasti akan menarik minat penyokong kejohanan tertua di Asia ini untuk membeli serta menjadikannya sebagai koleksi untuk disimpan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata Kejohanan Piala Malaysia memiliki auranya yang tersendiri dan kehadiran set komemoratif ini sudah pasti akan merancakkan lagi kejohanan kali ini.

Selain kepingan emas dengan nombor siri, pembeli akan turut menerima buku komemoratif Piala Malaysia, pelitup muka, lencana magnet dan pelekat kereta.

Pembelian boleh dibuat menerusi lawan web www.faidhjewels.com.my atau menghubungi Kedai Emas Faidh di talian 03-8071 8024.

Pembeli akan menerima set masing-masing selepas 15 Disember secara berperingkat mengikut kaedah penyerahan barang yang dipersetujui.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Berdepan lawan lebih muda, peninju umur 52 tahun diusir keluar gelanggang gara-gara guna taktik kotor

Next Post

Gigit kemaluan rakan sebilik ketika bergaduh, polis tahan peninju MMA

Related Posts