Kenali senarai pengendali JDT sepanjang TMJ mengambil alih – Sukan


KEJAYAAN pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam melakar sejarah baharu apabila muncul juara Liga Super sebanyak sembilan kali yang merupakan hasil kerja keras pemiliknya iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ.

Kerja keras TMJ menjadikan nama pasukan Harimau Selatan sebagai satu skuad yang gah dan digeruni bukan sahaja dalam Malaysia bahkan juga sampai tahap antarabangsa apabila pasukan itu berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menewaskan beberapa klub gergasi di Asia.

Sepanjang TMJ mengambil ahli pasukan Harimau Selatan, beliau mendatangkan beberapa orang pengendali yang berbeza. Hal ini dapat dilihat bahawa TMJ sangat komited untuk membawa JDT menjadi sebuah kelab yang mampu bersaing sampai ke tahap antarabangsa.

Antara jurulatih yang pernah berkhidmat semenjak TMJ mengambil alih ialah Sazali Saidon, Fandi Ahmad, Azmi Mohamed, Cesar Ferrando Jimenez, Bojan Hodak, Mario Gomez, Benjamin Mora, Ulisses Morais, Raul Longdhi, Luciano Figueroa, Benjamin Mora dan Esteban Solari.

1. Fandi Ahmad

Fandi pernah membimbing skuad JDT pada tahun 2012 hingga 2013.

Selepas Sazali, TMJ memilih untuk menggunakan khidmat Fandi Ahmad sebagai jurulatih yang tiba dari Singapura. Sepanjang bersama kelab Selatan tanah air itu, Fandi yang kini membimbing Sri Pahang FC pernah membawa beberapa kejuaraan termasuk menduduki tempat keempat dalam musim Liga Perdana Malaysia 2012.

Sejak itu, pengendali yang kini berusia 61 tahun itu pernah membimbing beberapa pasukan termasuk skuad kebangsaan Singapura dan sedang bersama-sama skuad Tok Gajah yang sedang merekodkan satu musim yang cukup baik dalam Liga Super.

Bagaimanapun, dalam tempoh satu tahun lima bulan dia bersama JDT, hubungan tidak baik menyaksikan Fandi memilih untuk menamatkan kontrak dan tahun perkhidmatannya.

2. Azmi Mohamed

Azmi Mohamed pernah mengendalikan skuad JDT walaupun sebagai pengurus.

Pada awal musim 2013, Fandi Ahmad dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan JDT dalam Liga Super Malaysia, manakala pasukan Liga Perdana Malaysia dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa dan Johor, Azmi Mohamed.

Pertengahan musim kempen liga 2012, Sazali Saidon dilantik sebagai jurulatih bersama Azmi Mohamed memegang jawatan sebagai naik jurulatih dan berjaya membawa keluar skuad itu keluar dari zon penyingkiran ke tempat sembilan selepas K. Devan pamerkan prestasi yang hambar.

Azmi Mohamed menjadi jurulatih JDT secara sementara sementara menunggu ketibaan ketua jurulatih baharu selepas Fandi dilepaskan daripada tugasnya.

3. Cesar Ferrando Jimenez

Cesar Ferrando pernah mengendalikan skuad Harimau Selatan.

Selepas Fandi digugurkan daripada tugas pengendali, JDT memilih untuk mengambil langkah baharu dalam sejarah kelab apabila melantik jurulatih dari Cesar Ferrando.

Meskipun pernah beberapa tahun menimba ilmu dan pengalaman di Sepanyol, Ferrando bagaimanapun gagal untuk menyuntik kejayaan dalam kelab itu dengan tiada piala diraih sepanjang setahun dia bersama mereka.

Khidmatnya akhirnya ditamatkan pada Februari 2014 sebelum dia dipilih sebagai pengarah bola sepak JDT sebelum kembali ke tanah kelahirannya dua tahun kemudian.

4. Bojan Hodak

Bojan Hodak pernah mengendalikan pasukan JDT dari tahun 2014 hingga 2015.

Di bawah pengendali yang berasal dari Croatia iaitu Bojan Hodak, pasukan JDT memenangi liga kebangsaan pada musim pertama.

Bojan juga yang menjadi jurulatih yang membawa kejayaan JDT menjulang Liga Super pada tahun 2014 buat kali pertama sehinggalah legasi itu diteruskan untuk lapan musim berturut-turut.

5. Mario Gomez

Mario Gomez pernah berkhidmat untuk pasukan JDT bermula tahun 2015 hingga 2017.

Ketua Jurulatih dan juga pengurus pasukan, Mario Gomez yang berasal dari Argentina mula mengendalikan pasukan JDT pada tahun 2015.

Kejuaraan Liga Super 2015 adalah titik permulaan dalam mencipta kejayaan demi kejayaan buat JDT sehingga kini dan merangkul gelaran Juara Piala AFC 2015 serta mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut adalah antara sejarah manis buat pengendali JDT ini.

Selain memenangi Piala Sumbangsih untuk tahun 2016, Mario juga memainkan peranan penting membimbing JDT memenangi Piala FA 2016 sekaligus memastikan JDT menempah slot lebih awal untuk saingan Piala AFC 2017.

Walaupun gagal membawa JDT ke pentas akhir Piala AFC 2016 setelah terkandas di peringkat separuh akhir, ia masih satu pencapaian yang membanggakan apabila menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang layak buat kali kedua berturut-turut melangkah ke pusingan separuh akhir sebagai empat pasukan terbaik.

Dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim dalam kempen Liga Super 2016 dan terlibat lebih 70 perlawanan, reputasi Mario Gomez dinobatkan selaku jurulatih JDT yang terbaik dengan pencapaian-pencapaian terbesar berjaya dicapai.

6. Benjamin Mora

Benjamin Mora pengendali skuad JDT berjaya membawa JDT ke kejuaraan peringkat antarabangsa.

Selain itu, antara pencapaian yang pernah dihasilkan oleh Benjamin Mora adalah berjaya membawa skuad Harimau Selatan itu merangkul kejuaraan Liga Super musim 2021 selain membawa JDT ke kejuaraan peringkat antarabangsa.

Benjamin Mora merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan turut membawa pasukan tersebut ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini dan melepasi peringkat kelayakan selama 4 musim berturut-turut.

Mora mengendalikan sebanyak 148 perlawanan sepanjang dua kali menggalas tugas sebagai jurulatih JDT sejak 2017 dan memenangi 102 perlawanan. Satu pencapaian yang baik oleh jurulatih dari Mexico itu.

Kedatangan jurulatih yang mempunyai bakat tersendiri berjaya menjadikan JDT satu-satunya pasukan yang konsisten di dalam Malaysia. JDT memecahkan rekod apabila menjadi kelab pertama yang memenangi liga super sebanyak sembilan kali berturut-turut dari tahun 2014 hingga tahun 2022.

7. Ulisses Morais

Ulisses Morais individu pertama dari negara Eropah itu untuk membimbing skuad Harimau Selatan.

Jurulatih kelahiran Portugal, Ulisses Morais kemudiannya dilantik sebagai pengendali pasukan itu yang mana merupakan individu pertama dari negara Eropah itu untuk membimbing skuad Harimau Selatan.

Sentuhannya cukup cemerlang tatkala dia berjaya memastikan rekod cemerlang JDT di peringkat domestik dengan meraih trofi Liga Super dan Piala Malaya 2017 sebelum muncul juara Piala Sumbangsih 2018.

8. Raul Longdhi

Raul Longdhi diberikan kepercayaan menjadi pengendali pasukan JDT.

Tempoh kejurulatihan Morais bagaimanapun tidak kekal apabila khidmatnya secara tiba-tiba digugurkan pada pertengahan musim 2018 dengan faktor kesihatan keluarga menjadi antara teori utama penyokong.

Namun, dengan mereka masih selesa di persada dan tidak mahu terburu-buru mencari pengganti, pembantu kepada Morais, Raul Longdhi diberikan kepercayaan sehingga penghujung musim.

Bekas pemain kelab Sepanyol, Girona itu tetap memastikan dominasi JDT di peringkat domestik tidak terhenti apabila mereka menjulang piala Liga Super 2018 sebelum akhirnya kedua-dua pihak berpisah.

9. Luciano Figureoa

Luciano Figueroa berjaya meraih lima trofi dalam tempoh dua tahun.

Memasuki musim baharu, JDT memilih untuk membawa pulang bekas pemain yang juga dikatakan sebagai legenda kelab, iaitu Luciano Figueroa sebagai pengendali mereka.

Sepanjang berada di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Argentina itu, skuad Harimau Selatan meraih lima trofi dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, pada 2020, dengan hampir 10 tahun berada di Selatan tanah air, Figueroa akhirnya memilih untuk meninggalkan JDT sebelum dikhabarkan kembali ke tanah kelahirannya.

10. Esteben Solari

Pengendali baharu Harimau Selatan pada tahun 2023 Esteben Solari.

Ketua jurulatih JDT yang baharu, Esteban Solari meletakkan sasaran untuk meneruskan penguasaan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bekas pemain Argentina berusia 42 tahun yang menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab itu berkata, dia bersedia untuk mengulangi pencapaian JDT dan ia adalah tanggungjawab yang besar buatnya untuk mengekalkan kecemerlangan pasukan.

Di bawah pengendali Solari, pasukan JDT bakal merangkul kejuaraan Liga Super berikutan pendahulu liga dengan memenangi semua perlawanan tanpa sebarang kekalahan mahupun seri.

Jika JDT berjaya mengekalkan kemenangan, sudah pasti pasukan itu berjaya menjulang kejuaraan kali ke-10 Liga Super.

Solari sebelum ini pernah mengendalikan skuad bawah 19 tahun (B-19), B-20 dan B-23 tahun Argentina selama lima tahun.

Usaha TMJ menaikkan nama JDT merangkumi semua aspek bukan sahaja dari segi fasiliti, pemilihan dalam mencari pemain berbakat namun ingin membawa masuk jurulatih pasukan yang berpengalaman, berkualiti dan membimbing sesebuah pasukan untuk meraih kemenangan serta prestasi yang konsisten. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Seperti lirik lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia, ini 3 bekas import masih ‘showoff’ kenangan di Liga M – Sukan

Next Post

Tonggak Sang Kenari kongsi cabaran tukar posisi sayap kiri – Sukan

Related Posts