Kenali 3 jurulatih muda Malaysia amal falsafah bola sepak moden – Sukan


ADAKAH negara kita mengalami masalah kekurangan jurulatih berkualiti? Saban tahun, ada saja kritikan diberikan mengenai keupayaan pengendali tempatan baik ketika menguruskan kelab atau skuad kebangsaan.

Namun, situasi tersebut mula berubah selepas beberapa nama mula melakukan kemunculan sebagai jurulatih muda berpotensi tinggi. Sebagai contoh yang ketara, Nafuzi Zain adalah pendahulu dalam kalangan pengendali bola sepak generasi baharu di negara kita.

Selain itu, terdapat juga nama-nama seperti Nidzam Jamil dan Sulaiman Hussin yang juga dianggap sebagai nafas baharu dalam barisan kejurulatihan negara.

Nafas baharu bermaksud pendekatan lebih segar dibawa terutamanya corak taktikal sewaktu perlawanan. Selain Nafuzi, Nidzam dan Sulaiman, terdapat juga tiga lagi nama jurulatih muda yang semakin mencuri perhatian ramai.

Mereka adalah Akmal Rizal, Wan Rohaimi dan juga Hairuddin Omar.

Ketiga-tiga nama ini mula mencuri tumpuan apabila mereka mengendalikan pasukan pembangunan (develompment team) Penang FC, Kuala Lumpur City FC dan Terengganu FC dalam saingan Piala MFL.

Akmal, Rohaimi dan Hairuddin dianggap sebagai pengendali muda yang menggunakan pendekatan bola sepak moden ketika beraksi. Bagaimanakah taktikal yang dibawa mereka ketika perlawanan?

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, ini adalah penjelasan ringkas mengenai corak bola sepak moden yang dibawa oleh ketiga-tiga pengendali itu:

1. Akmal Rizal

Pengendali skuad Penang FC B ini mengamalkan pendekatan yang berani ketika berdepan lawan walaupun lebih hebat daripada mereka.

Akmal lebih gemar bermain hantaran-hantaran pendek sewaktu melakukan gerakan (build-up), bermain permainan terbuka dan tidak terburu-buru ketika menyerang.

Sebagai contoh ketika perlawanan bertemu Johor Darul Takzim II (JDT II), Akmal bermain dengan corak permainan berani apabila kerap melakukan penetration terhadap kawasan lawan. Dia juga memastikan penyerangnya sentiasa aktif ketika menyerang dengan melakukan pelbagai percubaan.

Akmal menerapkan corak permainan berani dalam kalangan pemainnya. — Facebook/MFL

Cuma apa yang tidak menjadi adalah dari segi kualiti penyudah. Akmal masih perlu membaiki kualiti penyudah penyerang kelabnya untuk menjadi lebih tajam di depan pintu gol.

2. Hairuddin Omar

Hairuddin pula adalah seorang pengendali yang begitu gemarkan penguasaan bola dan build-up pasukannya dibina seawal dari penjaga gol hingga penyerang.

Hantaran pendek digunakan oleh penjaga gol untuk mencari pemain pertahanan sebelum ia disambung ke bahagian tengah hinggalah bertemu penyerang.

Terengganu FC II berjaya menewaskan JDT II dalam aksi Piala MFL. — Facebook/Terengganu FC II

Hairuddin juga memastikan pasukannya sentiasa aktif ketika menyerang. Aktif di sini bukan bermaksud sentiasa menyerang, tetapi bijak mengetahui bila hendak menceroboh kawasan lawan atau tidak.

Sebagai contoh, pendekatan yang dilakukan oleh Hairuddin adalah anak-anak buahnya akan berundur sekejap ke kawasan sendiri seandainya tidak berjaya menembusi pertahanan lawan.

Apabila kembali ke kawasan sendiri, build-up akan dibina semula dan gerakan tanpa bola (off the ball movement) akan dilancarkan ketika menyerang.

Pada waktu ini, pertahanan sisi (full-back) akan naik secara aktif membantu serangan dengan memberi pilihan untuk menembusi pertahanan lawan dari sudut tepi padang.

3. Wan Rohaimi

Untuk Rohaimi pula, pengendali KL City Extension ini gemarkan gerakan daripada bawah yang kemudiannya ditukarkan kepada hantaran ke depan berbentuk spray passes.

Lazimnya, Rohaimi gemarkan penjaga golnya untuk melakukan hantaran pendek ke arah pertahanan. Dari situ, pertahanannya mempunyai pilihan untuk melakukan spray passes ke bahagian hadapan.

Kuala Lumpur City Extension beraksi dengan baik dibawah kendalian Wan Rohaimi. — Facebook/Perak FC

Dalam bentuk spray passes yang dilakukan, pemain-pemain dibenarkan untuk melancarkan hantaran sama ada menuju ke bahagian tepi untuk menyerang daripada sebelah sayap atau terus kepada penyerang yang menanti di bahagian atas.

Corak Rohaimi ini adalah yang paling hampir dengan DNA Akedemi Mokhtar Dahari (AMD) yang pernah sinomim dengan bekas pengendali Perak FC iaitu Datuk Lim Teong Kim.

Asasnya tetap sama

Walaupun ketiga-tiga pengendali ini mempunyai pendekatan yang agak berbeza ketika meletakkan taktikal mereka, tetapi kesemua masih tetap berpegang teguh kepada asas yang sama.

Asas tersebut adalah sentiasa bermain hantaran ke depan atau forward pass yang merupakan nadi utama bola sepak moden. Ketiga-tiga pengendali ini cenderung untuk mengelak daripada bermain bola sepak negatif dengan hanya melakukan hantaran ke tepi atau belakang dan bergerak di tempat sendiri.

Pendekatan tiga pengendali ini memberi isyarat positif kepada negara. Apabila tiba masa mereka mengendalikan skuad senior, bola sepak Malaysia akan bergerak ke tahap lebih baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah SAM-100Plus 2022 – Sukan

Next Post

Bukan pilihan Solari, tapi 3 bintang JDT ini gegarkan padang setiap kali beraksi – Sukan

Related Posts