‘Kena tunggu jawapan AFC’, CEO Sabah ‘update’ status VAR di Stadium Likas – Sukan


PENYOKONG-PENYOKONG Sabah FC pastinya teruja dengan perlawanan pertama Sang Badak di pentas Asia sejak penswastaan kelab itu pada 2020.

Sabah yang akan membuka tirai perlawanan Kumpulan H Piala AFC 2023 menentang kelab Singapura, Hougang United FC pastinya mahu memburu tiga mata penuh di hadapan ribuan penyokong sendiri pada Khamis.

Beraksi di Stadium Likas pastinya penyokong tidak sabar untuk menunggu pengadil perlawanan menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) pertama kali di negeri itu dan menjadi pasukan kedua selepas Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum ini, pengadil perlawanan JDT dan Kawasaki Frontale menggunakan VAR untuk mengesahkan kekasaran pihak lawan menjatuhkan Arif Aiman Hanapi dalam kotak penalti sebelum dinafikan oleh Abdulrahman Al-Jassim.

Menjawab tentang penggunaan VAR dalam perlawanan pertama Piala AFC menentang Hougang United, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Ahmad Marzuki Nasir berkata, ia masih belum boleh digunakan dan perlu mendapat maklum balas dari pihak AFC.

“Belum boleh digunakan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak benarkan sebab perlu ada orang yang bertauliah.

“Difahamkan untuk final Piala AFC sahaja dibenarkan menggunakan VAR.

“Untuk menggunakan VAR perlu mendapat pengesahan daripada AFC selepas mereka membuat lawatan stadium,” katanya kepada Majoriti.

Pemain-pemain Sabah menjalani latihan terakhir sebelum bertemu Hougang United pada Khamis.

Tambahnya lagi, pemasangan VAR tersebut ialah di antara pakej daripada kos menaik taraf Stadium Likas yang ditaja oleh Lembaga Sukan Sabah.

“Itu bukan ‘requirement’ tetapi mungkin Lembaga Sukan Sabah yang nak beli untuk persiapan akan datang.

“Pemasangan VAR itu sekali dengan pakej menaik taraf Stadium Likas, Sabah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada lembaga sukan di atas kerjasama mereka menaik taraf, memperbaiki fasiliti sehingga boleh digunakan untuk AFC.

“VAR itu bukan Sabah punya. Ia milik Lembaga Sukan Sabah jadi saya tidak boleh komen panjang mengenai itu,” ujarnya.

Tempat duduk penonton di Stadium Likas mendapat sentuhan baharu menjelang Piala AFC.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan penggunaan VAR dalam Liga Malaysia, Marzuki berkata, ia merupakan kaedah yang baik untuk mempertabatkan mutu pengadilan di negara ini.

“Bagus untuk membantu mutu pengadilan supaya lebih baik lagi, sebab di mana-mana liga yang besar sudah ada VAR jadi kita mengalu-alukan.

“Memang ada ‘investment’ yang perlu dibuat, tetapi saya rasa untuk menaikkan mutu pengadilan perlu buat benda itu,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pernah ‘berdarah’ TRW, penyerang Australia kini tunjuk belang di pentas Asia – Sukan

Next Post

Bekas bintang Lions XII antara 3 pemain perlu Sabah sekat ketika bertemu Hougang United – Sukan

Related Posts