Kena gari lepas kejar pengadil, aksi panas cemari semi final Wilayah Persekutuan-Penang – Sukan


SUASANA tegang tapi lucu menghiasi perlawanan separuh akhir Sukan Malaysia (Sukma 2022) melibatkan pasukan Wilayah Persekutuan dan pasukan Pulau Pinang di Stadium UiTM pada Rabu.

Pada perlawanan tersebut, Pulau Pinang yang lebih banyak mengancam gawang Wilayah Persekutuan menerusi beberapa percubaan sehinggalah gol yang dinanti mereka tiba pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Wilayah Persekutuan.

Usaha Wilayah Persekutuan terdesak memburu gol penyamaan pada babak kedua mengalami kesukaran apabila Muhammad Iman Fakhrullah dilayangkan kad merah pada minit ke-88 kerana mengasari pemain Pulau Pinang.

Susulan insiden kad merah itu, seorang pegawai pasukan Wilayah Persekutuan masuk ke padang dan mengejar pengadil, Muhamad Shamil Mohd Jaafar seolah-olah mahu menumbuk kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Pengadil dilihat terpaksa berlari menyelamatkan diri daripada tengah padang ke tempat duduk simpanan pasukan Pulau Pinang

Selepas kejadian itu, pengadil itu melayangkan satu lagi kad merah terhadap staff tersebut sebelum dia dibawa keluar padang oleh polis sambil tangan digari.

Perlawanan itu berakhir kemenangan berpihak kepada Kontinjen Pulau Pinang dengan jaringan tipis 1-0 sekali gus melayakkan mereka ke perlawanan final bertemu pasukan Terengganu bagi merebut ibu emas di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Homestay di Kedah hampir penuh, ‘fans’ JDT dah tak sabar – Sukan

Next Post

Pulau Pinang nekad benam Terengganu demi ibu emas – Sukan

Related Posts