Kemunculan Mike Tyson dalam filem Liger, cipta sejarah layar perak di Bollywood

BEKAS juara dunia tinju, Mike Tyson akan tampil sebagai pelakon pembantu dalam sebuah filem aksi terbitan produksi India, Liger yang akan ditayangkan pada tahun 2022.

Liger adalah projek pan-India yang dikendalikan secara bersama oleh barisan pengarah terkenal Bollywood iaitu Puri Jagannadh, Karan Johar, Charmme Kaur dan Apoorva Mehta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat tinggal dunia tinju…” Ucapan akhir Pacquiao penuh emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun jaringan dibuka, Messi kini terus lakar rekod

Dalam filem berkenaan, Tyson akan bergandingan bersama pelakon terkenal India, Vijay Deverakonda dan Ananya Pandey.

Dalam satu hantaran di media sosial, produksi Liger menerangkan bahawa penampilan Tyson merupakan satu sejarah dalam layar perak di India.

Salah seorang penerbit Liger, Charmme Kaur turut berkongsi dalam hantaran di laman sosial Twitter bahawa dia berbangga kerana Tyson sudi turut serta dalam projek filem itu.

Dia juga menganggap bahawa sejarah yang tercipta untuk layar perak India itu merupakan hadiah buatnya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 28 September.

Menurut satu kenyataan, Mike Tyson akan mempunyai peranan penting dalam Liger dan filem ini adalah mengenai seorang ahli seni mempertahankan diri campuran.

Liger turut menampilkan barisan pelakon seperti Ananya Pandey yang memainkan peranan sebagai watak antagonis.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ramya Krishnan, Ronit Roy, Vishu Reddy, Ali, Makarand Desh Pandey dan Getup Srinu.

Filem ini dibuat serentak dalam bahasa Hindi, Telugu, Tamil, Kannada dan bahasa Malayalam.

Ia pada awalnya dirancang untuk ditayang pada November 2020, tetapi penggambaran terhenti kerana pandemik Covid-19 lalu menyebabkan filem itu ditangguh hingga 2022.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Hanya Jorginho yang layak…” Chiellini sokong bintang Chelsea untuk Ballon d’Or

Next Post

Verstappen sudah kebal dengan permainan psikologi Hamilton

Related Posts