Kemaraan Tze Yong terhenti di suku akhir All England – Sukan


KEMARAAN pemain perseorangan no 28 dunia, Ng Tze Yong dalam kejohanan All England terhenti pada Jumaat selepas tewas di peringkat suku akhir.

Atlet berusia 22 tahun itu sebelum ini melakukan kejutan apabila menewaskan pemenang pingat emas Olimpik, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua ditundukkan wakil dari China, Li Shifeng 11-21, 11-21.

Bagaimanapun, Tze Yong masih boleh menyifatkan penyertaannya dalam kejohanan itu sebagai satu momen membanggakan apabila ia merupakan penampilan pertamanya dalam All England.

Shifeng dijadualkan bertemu seorang lagi wakil dari Denmark, Anders Antonsen yang mara selepas mudah mematahkan cabaran daripada pemain perseorangan no 3 dunia, Anthony Ginting 21-14, 9-21, 21-17.

Sebuah lagi aksi separuh akhir menyaksikan pemain perseorangan no 1 negara, Lee Zii Jia bakal berdepan wakil dari China, Shi Yuqi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Luqman Hakim, ‘playmaker’ Selangor antara pemain dipetik patut bersama Harimau Muda – Sukan

Next Post

FAM tunggu laporan isu mutu pengadilan game Sabah-Penang – Sukan

Related Posts