Kemahuan pemain untuk menang adalah faktor utama, bukan perubahan taktikal yang saya lakukan — Kim Pan-gon – Sukan


SKUAD kebangsaan menutup tirai musim 2023 sebagai pasukan paling cemerlang di Asia Tenggara selepas meraih kemenangan dalama dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.

Harimau Malaya menjadi satu-satunya pasukan dari rantau ini yang memperoleh enam mata maksimum berikutan kemenangan 1-0 ke atas Chinese Taipei pada Selasa.

Berikutan kemenangan itu, Malaysia berjaya meletakkan kedudukan pasukan itu berada di tangga teratas Kumpulan D selepas ranking ke-72 dunia, Oman secara tidak dijangka tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek, Kyrgyzstan.

Malaysia yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengejutkan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu, mengungguli Kumpulan D dengan enam mata manakala Oman, yang menewaskan Taiwan 3-0 sebelum ini, menduduki tempat kedua.

Taiwan yang gagal meraih sebarang kemenangan selepas dua perlawanan menduduki tangga terakhir dalam Kumpulan D.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan kemahuan pemain yang dahagakan kemenangan sebagai faktor utama kejayaan ke atas Taiwan.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Taiwan pada 2011, juga dalam kelayakan Piala Dunia dengan keputusan 2-1, malah turut tewas dalam dua pertemuan berikutnya selepas itu.

Darren Lok (tengah) membantu Harimau Malaya meraih tiga mata penuh dengan mencetak gol berharga. — Facebook/FAM

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tidak mahu mengambil pujian atas pertukaran taktikal yang menyaksikan Darren Lok turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.

“Saya berasa sangat gembira kerana kami sememangnya layak untuk menang. Tahniah kepada pemain dan rakyat Malaysia kerana mereka harus berbangga dengan Harimau Malaya.

“Kami menjangkakan perlawanan sukar kerana pasukan lawan mempunyai semangat untuk berjuang, tetapi ternyata semangat kami lebih dan atas sebab itu kami berjaya melepasi halangan sukar ini dan menghampiri pusingan seterusnya. Ia membuatkan saya bangga dan menghargai usaha pemain.

“Kemahuan pemain untuk menang adalah sebab utama kemenangan ini dan bukannya perubahan yang saya lakukan. Saya dapat lihat dari separuh masa pertama mereka menunjukkan keinginan itu tetapi tidak bernasib baik kerana tidak berjaya menjaringkan gol lebih awal,” kata Pan-gon, yang turut melahirkan rasa puas hati apabila memperoleh enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Tambahnya lagi, pasukan kebangsaan kini mahu menyasarkan 12 mata agar layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kami sudah separuh jalan ke arah sasaran 12 mata, menjadi dua pasukan teratas kumpulan untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kami akan selamat jika mendapat 12 mata dan kini kami mendapat enam mata.

“Perlawanan di tempat lawan sentiasa sukar dan kami perlu bersedia dengan baik.

“Tahniah kepada Malaysia kerana kami berjaya menang buat kali pertama di Taipei dan berharap dapat mengekalkan prestasi kami untuk memperoleh enam mata lagi, yang akan memastikan kami ke pusingan ketiga,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Taiwan, Gary White berkata, kemasukan pemain naturalisasi dan warisan mengukuhkan pasukan Malaysia.

“Tahniah kepada Malaysia kerana mendapat tiga mata. Kami dihukum atas kesilapan individu malam ini (Selasa),” ujarnya.

Malaysia kini akan memberi tumpuan kepada pusingan akhir Piala Asia pada Januari dan juga perlawanan kelayakan Piala Dunia seterusnya menentang Oman di Muscat pada 21 Mac 2024. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Jaringan roket Irfan Fazail bertaraf dunia, tapi ‘effort’ Kumaahran lebih memikat – Sukan

Next Post

Syafiq Ahmad boleh jadi penawar masalah ‘link-up play’ Harimau Malaya – Sukan

Related Posts