Keluar Umno bukan penamat politik, tapi ‘langkah kanan’ jadi PM – Sukan


PADA Jumaat lalu, Umno melakukan satu pengumuman mengejutkan apabila menyingkirkan muka-muka otai dari parti tersebut seperti Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar.

Tindakan Umno memecat dan menggantung ahli parti itu mendapat reaksi dan respons yang pelbagai dalam kalangan pemerhati politik tempatan.

Malah, ada yang menjangkakan bahawa penolakan besar-besar pengundi terhadap parti itu akan berlaku kerana menyingkirkan individu yang popular dalam Umno.

Penyingkiran muka-muka otai dalam Umno bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah kerap berlaku sebelum ini.

Cuma kali ini menjadi tumpuan kerana Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa bermasalah dan ramai yang mahu pemimpin itu disingkirkan.

Jika ada yang berpendapat bahawa keluar Umno adalah penamat kepada kerjaya politik, ternyata pandangan itu silap kerana tiga Perdana Menteri negara pernah keluar dari parti keramat Melayu itu sebelum ini.

Berikut Majoriti senaraikan tiga pemimpin yang keluar Umno sebelum bergelar Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Mahathir antara Perdana Menteri yang paling banyak meninggalkan Umno dalam karier politiknya iaitu pada 1969, 2008 dan pada 2016.

Pada 2016, Mahathir meninggalkan Umno kerana merasakan parti itu hanya menyokong dan melindungi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir ketika itu mempertikaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut dikaitkan dengan Najib.

Beliau kemudian menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sebelum menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH).

PH berjaya beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan Mahathir dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri negara yang ketujuh.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Semasa rombakan Kabinet Najib pada 28 Julai 2015, Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana membuat kenyataan umum dan kritikal berkaitan penglibatan Najib dalam 1MDB.

Ketika itu, Muhyiddin masih kekal sebagai Timbalan Presiden Umno tetapi masih mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan terhadap partinya.

Tindakannya itu menyebabkan dia akhirnya dipecat oleh majlis tertinggi parti pada Jun 2016 dan kemudian memilih untuk menyertai Bersatu pada tahun sama.

Pada 2020, berlaku krisis politik dalam negara yang menyaksikan Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secara tiba-tiba.

Insiden itu menyaksikan Muhyiddin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas baginda berpandangan Presiden Bersatu itu mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang paling lama mengambil masa untuk bergelar Perdana Menteri selepas dibuang dipecat dari Umno pada 1998.

Beliau dipecat oleh Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas didakwa terlibat dengan aktiviti homoseksual dan rasuah.

Anwar kemudian melalui jalan yang berliku kerana menjalani hukuman penjara sebelum kembali semula ke arena politik pada 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang.

Pada 2015, Anwar dipenjara buat kali kedua sebelum dibebaskan pada 2018.

Beliau kemudian terus mengorak langkah yang tersekat sebelum ini dalam dunia politik dan berjaya dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 selepas PH membuat gabungan bersama Barisan Nasional (BN) pasca PRU15. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertemuan Kedah-Selangor jadi medan 3 bintang baharu curi tumpuan – Sukan

Next Post

Bukan hanya aksi JDT-Levksi Sofia, Kedah dan TFC juga pernah terpalit insiden pergaduhan pramusim – Sukan

Related Posts