Kelantan FC, KUFC ‘bergabung’ musim depan? Zamsaham terbuka berunding – Sukan


PELUANG Kelantan FC untuk beraksi di Liga Super musim depan kelihatan lebih cerah berikutan perubahan struktur oleh perbadanan Malaysia Football League (MFL) dan kedudukan mereka dalam liga.

Selepas hanya berada di kedudukan keenam buat dua musim berturut-turut, strategi yang ditekankan pemilik, Norizam Tukiman yang juga mesra digelar Zamsaham, kelihatan sudah membuahkan hasil.

Selain kejayaan membina nama-nama cemerlang di atas padang, pengurusan yang sistematik juga membuahkan hasil setelah pasukan itu berjaya meraih keuntungan di luar padang.

Kejayaan tersebut semestinya dijadikan contoh pasukan-pasukan di Liga Malaysia apabila kebijaksanaan usahawan itu membawa nafas baharu ke dalam kelab yang sebelum ini bergelut dengan isu kewangan.

Namun, di sebalik kejayaan Kelantan FC, terdapat sebuah lagi pasukan di negeri itu yang turut beraksi dengan cemerlang musim ini setelah berjaya menjuarai Liga M3 musim lepas.

Kelantan United FC (KUFC), atau juga dikenali sebagai Kijang Hijau sedang selesa berada di kedudukan kelima Liga Perdana dalam satu musim yang agak memberangsangkan.

Pasukan yang baru sahaja ditubuhkan pada 2016 itu turut menggunakan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang menjadi stadium keramat buat The Red Warriors.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman. — Facebook/TRW Kelantan FC

Oleh itu, kedua-dua pasukan pasti mempunyai visi dan matlamat yang tersendiri dalam memastikan jenama dan identiti mereka tidak mendatangkan kekeliruan kepada peminat bola sepak tanah air.

Namun, bagi pemilik Kelantan FC, dia tidak melihat sebab untuk menolak rundingan daripada pihak Kelantan United FC sekiranya mempunyai cadangan untuk melakukan kerjasama.

“Pada saya, saya memang tidak ada perancangan untuk menjalinkan satu kerjasama, tetapi saya terbuka untuk perbincangan,” katanya kepada Majoriti.

Jelasnya, perkara ini berikutan kebergantungan pasukan itu terhadap dana daripada kerajaan negeri yang pasti menelan kos pengurusan yang besar serta akan memberi tekanan dalam jangka masa yang panjang.

Namun, Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, kelab itu hanya bergantung kepada kemudahan fasiliti daripada kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman (kanan). — Kuching FA

“Sebenarnya, kita tidak lagi bawah kerajaan negeri walaupun penaung kita merupakan YB Exco Wan Roslan Wan Hamat dan kita hanya diberikan kemudahan fasiliti,” katanya.

Tambahnya, dia juga melihat kedua-dua pasukan hanya merupakan saingan selain tiada sebab untuk mengadakan sebuah kerjasama yang lebih mendalam dengan Kelantan FC.

“Setakat ini, belum ada perbincangan atau keperluan dan kami hanya rakan saingan dalam liga,” katanya.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu dalam perlawanan pelabuh tirai Liga Perdana 2023 sebelum merancang hala tuju yang tersendiri bagi saingan liga dan Piala Malaysia yang akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Semua orang buat kesilapan — Pape Diakite – Sukan

Next Post

Tinggalkan Liverpool, Mane kalah dengan ‘wonderkid’ Bayern Munich – Sukan

Related Posts