Kekal di JDT, Kim Pan-gon bakal panggil bintang naturalisasi sarung jersi Harimau Malaya – Sukan


PENYOKONG setia Harimau Selatan boleh menarik nafas lega apabila arkitek tengah, Leandro Velazquez kekal bersama pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa perancang tengah itu akan meninggalkan JDT selepas kontrak pemain import dari Argentina itu tamat pada 2 Ogos 2023.

Namun, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegaskan bahawa arkitek tengah itu akan kekal bersama JDT.

Musim ini, Leandro menjaringkan lima gol dan melakukan tujuh bantuan gol dalam saingan Liga Super buat JDT. — Facebook/JDT

Baru-baru ini, timbul pula desas-desus yang menyatakan Leandro bakal bertukar status menjadi seorang pemain naturalisasi bermula Mac 2024 selepas lima tahun beraksi di negara ini.

Difahamkan, Leandro juga berada dalam panggilan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menyertai skuad kebangsaan.

Skuad kebangsaan dijadualkan akan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada September depan.

Walaupun kekal dalam skuad Harimau Selatan, pemain berketinggian 1.67 meter itu dijangka hanya boleh diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2023.

Jika khabar tersebut menjadi kenyataan, pastinya ia akan memberi kelebihan kepada JDT dan pasukan kebangsaan berikutan rekod yang dicatatkan oleh pemain berusia 34 tahun itu.

Untuk rekod, Leandro sudah menjaringkan lima gol dan tujuh hantaran bantuan dalam 16 perlawanan Liga Malaysia (Liga M) berlangsung sekali gus membantu JDT kekal di puncak Liga Super dengan rekod tanpa kalah setakt ini.

Leandro yang merupakan tonggak utama JDT kini mengalami kecederaan jangka panjang akan digantikan dengan import Jepun, Takahiro Kunimoto.

Susulan kejadian itu, khabar angin mengenai Leandro bakal digantikan menepati ramalan penyokong selepas pemain tengah dari Jepun yang mesra dengan sapaan Kuni itu akhirnya disahkan sebagai tonggak import baharu Harimau Selatan.

Sebelum ini, terdapat desas-desus tonggak utama JDT itu akan digantikan dengan import Jepun apabila kontrak bersama Harimau Selatan tamat selepas lima tahun bersama JDT menjulang kejuaraan di peringkat domestik dan Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perak, 2 kelab Pantai Timur dijangka buat kejutan dalam aksi kedua Piala Malaysia – Sukan

Next Post

Lepas ‘berpeluh’ kalahkan Sevilla di UEFA Super Cup, Guardiola kini sasar trofi Piala Dunia Kelab FIFA – Sukan

Related Posts