Kekal dan panggil semula import, TRW buru bintang-bintang berstatus caps skuad kebangsaan – Sukan


KEPUTUSAN pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengekalkan dua pemain import bagi menghadapi musim depan disambut baik penyokong pasukan tersebut.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Bos Zam berkata, terdapat dua pemain akan dikekalkan di Kelantan FC.

“Hanya Belforts sahaja saya kekalkan untuk musim depan di samping Natanael Siringgo yang akan dipanggil balik ke Kelantan FC.

“Insya-ALLAH saya akan umumkan beberapa pemain import yang ada caps national team untuk bermain dengan Kelantan di musim depan,” katanya kepada Majoriti.

Norizam Tukiman

Bos Zam turut memberitahu, skuad The Red Warriors (TRW) akan kekal sebagai team underdog dengan bajet biasa tanpa bantuan kerajaan negeri pada musim depan.

“Insya-Allah Kelantan FC akan disegani semula. Doakan saya sihat untuk terus menerajui TRW Kelantan FC.

“Saya juga doakan semua penyokong TRW Kelantan FC sihat dan dicukupkan keperluan dan rezeki dari-Nya,” jelasnya.

Kervens Belfort

Sementara itu, tinjauan Majoriti di media sosial mendapati, rata-rata penyokong menyambut baik keputusan pemilik TRW itu.

“Belfort dan Siringgo memang penting untuk skuad TRW, sekiranya hilang dua orang ni game terus merapu. Keputusan bijak Bos Zam kekalkan dua pemain ini,” kata Wan Haqimie.

Natanael Siringo Ringo

“Saya setuju dengan keputusan Bos Zam untuk kekalkan Belfort dengan Ringgo. Kedua-dua pemain dah terbukti berkesan di padang,” jelas Nik Fakhrul Anwar.

“Belfort dan Ringgo pemain yang paling banyak membuka peluang dan ruang untuk rakan sepasukan. Harap pemain lain yang sertai TRW dapat lakukan kerja finishing pula. Barulah complete pasukan TRW ni,” kata Mohd Lokhman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain Perak FC, 2 kelab elit risik tonggak warisan Sparta Rotterdam, bintang ‘RB’ dalam pembikinan – Sukan

Next Post

Selain alunan merdu ayat suci Al-Quran, sisi lain penyerang Maghribi memukau dunia – Sukan

Related Posts