Kejohanan UniPin Ladies Series MYSG kembali! Tawar tiga kali ganda hadiah untuk pemenang

INILAH masanya untuk pemain profesional e-sukan wanita di Malaysia mempamerkan bakat masing-masing kerana kejohanan siri Unipin Ladies musim kedua akan kembali pada bulan Mei ini.

Selepas kejayaan kejohanan pertama yang dilangsungkan pada Oktober tahun lalu, kini ia kembali bagi mengangkat martabat wanita dalam dunia e-sukan.

Selain itu kejohanan ini bertujuan untuk mewujudkan satu komuniti yang mengalu-alukan lebih ramai wanita mengambil bahagian dalam kejohanan e-sukan di setiap peringkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Please Sponsor Us ungguli UniPin Ladies Championship… peserta wanita percaya e-sukan boleh jadi kerjaya!

ARTIKEL BERKAITAN: SEA Talks warnai UniPin SEACA 2021… Pemenang kejohanan bakal raih hadiah terkumpul RM191,000

Menurut Timbalan Presiden Kanan UniPin, Debora Imanuella, UniPin Ladies Series MYSG akan membuka laluan untuk lebih banyak kumpulan wanita bersaing dalam arena e-sukan Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana dapat membuka peluang bagi semua pemain wanita di Malaysia untuk bertanding dan menunjukkan kebolehan mereka dengan yakin,

“UniPin Ladies Series bukan sekadar kejohanan e-sukan, tetapi ia merupakan platform yang sesuai bagi pemain wanita di Malaysia untuk menjadi pemain e-sukan wanita profesional suatu hari nanti,

“Pertandingan ini pastinya akan menggalakkan pertumbuhan komuniti pemain wanita dan juga ekosistem e-sukan Malaysia secara keseluruhan,” kata Debora.

Pemenang UniPin Ladies Series MYSG akan mewakili negara masing-masing dalam UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

UniPin Community (UNITY) merupakan sebahagian besar daripada ekosistem e-sukan UniPin termasuklah Ladies Series 2022.

Pengasas komuniti ini sentiasa memastikan kelangsungsan dunia e-sukan dan merupakan salah satu dorongan utama disebalik fokus berterusan UNITY dalam penganjuran sesebuah kejohanan.

Matlamat UNITY adalah untuk memupuk hubungan komuniti profesional dan peminat e-sukan agar mereka dapat menyumbang sesuatu kepada arena e-sukan.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran bagi kejohanan ini telah dibuka sejak 21 April sehingga 10 Mei 2022 dan boleh diakses melalui laman web Seaca.

Peringkat kelayakan akan berlangsung bermula 12 Mei hingga 14 Mei 2022.

Manakala, musim biasa dijadualkan bermula 19 Mei hingga 4 Jun, diikuti peringkat play-off dari 10 hingga 19 Jun.

Kesemua kumpulan peserta akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM7,500, lebih tiga kali ganda dari tahun sebelumnya, iaitu RM2,000.

Tambahan pula, kumpulan terbaik daripada UniPin Ladies Series MYSG di Malaysia dan Singapura akan menjadi wakil negara masing-masing dalam UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

Kejohanan ini akan dilangsungkan secara atas talian dan akan disiarkan menerusi YouTube, Facebook di Official UniPin Malaysia dan platform TikTok UniPin Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ten Hag pengurus baharu Man United, sudah ada senarai pemain pilihan

Next Post

Peninju mahu padam sejarah hitam, menyesal tiduri lebih 500 wanita

Related Posts