Kehilangan duo JDT tidak beri kesan, Pan-gon yakin kebolehan 25 pemain – Sukan


KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tampak tenang, realistik dan bersedia menghadapi cabaran berdepan Hong Kong walaupun tanpa kelibat Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, pada Selasa.

Menjelang aksi di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pengendali berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu berkata, sepanjang 12 tahun selaku jurulatih skuad kebangsaan, memang sukar untuk menyenaraikan barisan pemain terbaik seperti yang diidamkannya.

Beliau berkata, ketiadaan dua pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak memberikan kesan besar kepada pasukan dan yakin 25 pemain sedia ada mampu melaksanakan taktikal pasukan dengan baik ketika berdepan Hong Kong nanti.

“Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap kedua-dua pemain, sebenarnya kita telah menunggu lama untuk membolehkan mereka bermain dan mempamerkan permainan terbaik mereka, namun, sepanjang lapan tahun sebagai jurulatih skuad kebangsaan dan empat tahun sebagai pengurus pasukan, saya jarang dapat mengumpulkan barisan pemain sempurna. Saya terima bahawa tidak semua perkara seperti apa yang kita inginkan.

“Saya yakin dengan 25 pemain sedia ada dan setiap pemain boleh beraksi. Kita bermain sebagai satu pasukan, kita tidak hanya bergantung kepada satu dua pemain sahaja, jadi, saya fikir ia tidak akan memberikan kesan yang besar. Kita tidak boleh sempurna tapi kita boleh menjadi sangat kuat,” katanya pada sidang media praperlawanan di Johor Bahru pada Isnin.

Endrick (kiri) dan Arif Aiman disahkan mengalami kecederaan. — Facebook/ FAM

Katanya, situasi sedemikian menjadikan beliau seorang jurulatih serba boleh dan kuat dari segi mental.

“Saya tidak pernah menyerah kalah dan tidak pernah rasa diri ini tidak mampu lakukan. Saya perlu positif dan percaya kepada semua pemain. Kita bermain sebagai satu pasukan dan saya fikir itu yang lebih penting, kita tidak terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja,” katanya.

Pada Ahad, Arif Aiman dan Dos Santos dilepaskan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mengalami kecederaan.

Sementara itu, mengenai percaturan perlawanan malam esok Pan-gon memberi gambaran kemungkinan menurunkan pemain yang tidak beraksi ketika Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Khamis lepas.

Pan-gon berkemungkinan akan memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi ketika Malaysia menentang Turkmenistan. — Facebook/FAM

“Semua pemain memberikan lebih daripada apa yang saya mahukan walaupun ketika sesi latihan dan ia mendorong kami untuk bergerak ke hadapan. Mungkin perlawanan esok, kita akan turunkan pemain untuk melihat sesuatu, diharapkan (hasil) sama atau lebih baik daripada perlawanan sebelumnya,” katanya.

Perlawanan esok merupakan pertemuan kedua antara Malaysia dan Hong Kong selepas sembilan bulan skuad kendalian Pan Gong menundukkan lawan 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lepas.

Sebelum berdepan Malaysia, Hong Kong di bawah kendalian jurulatih Norway Jorn Andersen mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Singapura di Stadium Mong Kok, Hong Kong pada Khamis lepas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya gembira lihat mereka main’, Safawi tidak kecil hati dipinggir skuad HM – Sukan

Next Post

Bintang JDT akui saingan sengit rebut posisi – Sukan

Related Posts