Kehilangan 4 tonggak buka ruang 2 pemain otai bantu Sabah FC tawan Darul Makmur – Sukan


SABAH FC yang masih kekal merekodkan rentak kemenangan nampaknya akan mengalami sedikit kesukaran pada perlawanan keempat Liga Super menentang Sri Pahang FC di Kuantan, Pahang pada Ahad.

Kesukaran yang dimaksudkan apabila pasukan Sang Badak dijangka akan bermain tanpa empat tonggak utamanya iaitu Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Jailton Da Silva dan penyerang tempatan, Darren Lok.

Berdasarkan laporan dari Berita Harian, keempat-empat pemain itu mengalami masalah kecederaan pada perlawanan menentang Kuching City FC, Isnin lalu dan tidak pasti sama ada mereka bakal diturunkan atau sebaliknya pada aksi Ahad ini.

Kehilangan keempat-empat pemain itu sedikit sebanyak menggugat perancangan permainan dan semua sedia maklum bahawa kesemua mereka merupakan barisan kesebelasan utama Sang Badak dalam beberapa perlawanan baru-baru ini.

Namun begitu, pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee pastinya mempunyai rancangan lain dan pemain lain untuk digunakan sebagai senjata rahsia memenangi perlawanan itu.

Bagi penyokong Sang Badak pula, kehilangan empat pemain utama itu sebenarnya boleh membuka ruang dan peluang kepada pemain berpengalaman kembali menunjukkan kehebatan mereka di laman lawan.

Khidmat Rizal dan Baddrol ditagih dalam aksi menentang Sri Pahang pada Ahad ini. — Facebook/SabahFC

Pemain berpengalaman seperti tonggak tengah, Baddrol Bakhtiar dan penyerang veteran, Amri Yahyah diseru untuk kembali menjadi kesebelasan utama bagi membantu Sang Badak memperoleh tiga mata berharga di Darul Makmur.

Dalam tiga perlawanan Liga Super musim 2023, Baddrol dan Amri masing-masing hanya mengumpul kurang dari 45 minit permainan dan mereka hanya tampil dalam dua aksi.

Oleh itu, ramai penyokong berharap agar dua pemain senior Sabah FC itu diberikan peluang untuk menjadi kesebelasan utama dan sekali gus dapat kembali mengkucar-kacirkan permainan pihak lawan.

Musim lepas, legenda Kedah Darul Aman (KDA) FC itu berhasil mencetak enam gol dan lapan hantaran bantuan buat pasukan Sang Badak.

Manakala, Amri pula menjaringkan sembilan gol dalam 41 perlawanan sejak pemain berusia 42 tahun itu menyertai Sabah FC pada musim 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Waspada kebangkitan Penang, 3 kelebihan tuan rumah perlu diawasi Gergasi Merah demi tiga mata berharga – Sukan

Next Post

Empat kelab pencabar utama Liverpool mahu ‘sailang’ Diogo Jota – Sukan

Related Posts