Kehadiran VIP ketika aksi JDT-TFC, peluang ke Timur Tengah terbuka luas? – Sukan


PERTEMBUNGAN Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC pastinya ditunggu-tunggu penyokong bola sepak tempatan.

Hal itu adalah kerana kedua-dua pasukan bakal berentap untuk kejuaraan pertama bagi musim 2023 di samping membolehkan mereka mendapatkan tiga mata pertama Liga Super.

Aksi yang bakal berlangsung pada 24 Februari di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu dijangka akan dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan.

Selain itu, ia juga akan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat yang bakal disajikan sebuah pertembungan hangat.

Perkara itu dikongsikan menerusi akaun media sosial JDT yang melaporkan bekas pertahanan antarabangsa Argentina, Javier Zanetti bakal hadir ke stadium ketika aksi Piala Sumbangsih itu.

Pemenang pingat emas Liga Juara-juara UEFA (UCL) itu juga akan disertai beberapa individu ternama, termasuk seorang ejen bola sepak terkenal, Morris Pagniello.

“Para tetamu ini akan menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari dan akan mengunjungi Pusat Latihan JDT dalam rangka lawatan mereka ke Johor Bahru.

Zanetti merupakan antara tetamu kehormat yang bakal hadir ke Stadium Sultan Ibrahim. — Agensi

“Selain dari mengunjungi Harimau Selatan, lawatan ini juga bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia,” tulisnya.

Meskipun pasukan Selatan tanah air itu cukup terkenal dengan tarikan di peringkat antarabangsa, kehadiran tetamu itu dijangka akan memberi kelebihan buat kelab berkenaan.

Hal tersebut adalah kerana Zanetti dan Pagniello merupakan Ahli Lembaga Pengarah untuk organisasi bola sepak yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Racing City Groups yang merupakan ibu syarikat buat beberapa kelab antarabangsa ternama, seperti Racing Murcia selain menguruskan pelbagai jenis akademi di Eropah dan Asia.

Jadi, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk mengumumkan sebuah kerjasama rasmi, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu dijangka akan terus melangkah ke hadapan.

Selain memberi kelebihan dari segi persembahan di atas padang, hubungan dua hala itu juga dijangka akan membantu Harimau Selatan untuk membina hubungan lebih meluas di peringkat antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Thierry Henry ada satu permintaan selepas Arsenal tumpas kepada City – Sukan

Next Post

‘Hero tak boleh lama sakit’, Daud Bakar doakan kesembuhan bintang dalam pembikinan Sang Kenari – Sukan

Related Posts