‘Kehadiran saya bukan beri tekanan tapi inspirasi’, Chong Wei ulas tugas terkini bersama ABM – Sukan


BEKAS atlet badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjanji untuk menggunakan jawatannya sebagai ahli dalam panel penasihat teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menyuntik inspirasi kepada generasi akan datang.

Pemenang tiga pingat perak dalam Temasya Olimpik itu merupakan salah seorang daripada tujuh bekas pemain yang dipilih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke dalam panel berkenaan.

“Kami sudah menerima jemputan untuk menyertai panel penasihat teknikal yang mana kami mahu membantu BAM untuk membangunkan pemain.

“Di sini, kami tidak mahu membanding-bandingkan keputusan dan pencapaian antara generasi kami dan generasi ketika ini, tetapi peranan yang kami pegang adalah untuk berkongsi pengalaman dan menjadi inspirasi kepada mereka,” katanya.

Meskipun ada segelintir pihak yang berasakan kehadiran Chong Wei akan memberi tekanan, beliau berjanji kedatangannya hanyalah untuk membalas budi persatuan berkenaan.

“Ada yang komen ‘Kepulangan Datuk Lee Chong Wei akan meningkatkan tekanan terhadap pemain’. Itu bukan objektif kami.

“Kami juga tahu bukan semua pendekatan kami akan diambil BAM atau pemain, tetapi kami akan gembira sekiranya apa yang dikongsikan membawa keputusan yang positif,” katanya.

Selain Chong Wei, tujuh bekas pemain yang dipilih ke dalam panel itu ialah Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

Sementara itu, tujuh individu lain yang melengkapkan senarai 14 ahli panel itu ialah Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria sebagai pengerusi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahamd Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Feedzal Ramli, bekas CEO ISN, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh serta Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelantan United ikat penyerang Filipina dengan kontrak setahun – Sukan

Next Post

Bekas calon ‘striker’ Kedah sanggup tolak tawaran RM51 juta – Sukan

Related Posts