Kehadiran Jurgen Klinsmann ke Iskandar Puteri bukti mutu skuad HM makin meningkat — Kim Pan-gon – Sukan


KEMENANGAN Johor Darul Takzim (JDT) ke atas kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 dalam peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ACL) baru-baru ini masih menjadi bahan bualan penyokong.

Kejayaan Harimau Selatan itu juga disaksikan oleh pengendali pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann yang turun ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dan kunjungannya itu juga disambut baik oleh juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.

Bagi pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menganggap kehadiran bekas pemenang Kejohanan Eropah 1996 itu ke Johor baru-baru ini adalah suatu perkembangan positif bagi bola sepak negara.

Pan-gon kini dalam mempersiapkan pasukan kebangsaan untuk aksi Kelayakan Dunia 2026-Piala Asia 2027 menentang Republik Krgyz pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Facebook/FAM

Jelasnya, kunjungan tersebut berkemungkinan kerana pengendali berasal dari Jerman itu melihat peningkatan mutu bola sepak kebangsaan yang makin meningkat dari hari ke hari.

“Mereka sedang membuat persiapan pasukannya dengan meihat kualiti permainan bola sepak di pentas Asia Tenggara.

“Dia melihat secara menyeluruh, kualiti penganjuran perlawanan, kualiti permainan yang ternyata memberikan pandangan yang positif buatnya,” kata Pan-gon memetik laporan Stadium Astro.

Kehadirannya juga pasti ingin memantau para pemain Korea Selatan terutamanya enam pemain skuad Horangi merupakan tonggak kebangsaan Korea Selatan.

Antaranya penjaga gol, Jo Hyeon-Woo; bintang pertahanan, Kim Young-Gwon dan kapten, Jung Seung-Hyun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ibarat mimpi, Ubaidullah tak percaya jumpa JDT di 2 pentas final – Sukan

Next Post

Bekas penyerang Harimau Muda beri ‘hint’ tak dibayar gaji oleh kelab Utara – Sukan

Related Posts