Kedah jadi penentu usaha kami buru slot ke Asia — Cheng Hoe – Sukan


MESKIPUN hampir dua bulan berehat daripada saingan Liga Malaysia, Selangor FC bagaimanapun dilihat mampu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Perak FC pada Sabtu.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe beraksi cemerlang dari awal hingga akhir apabila membelasah The Bos Gaurus (TBG) dengan keputusan 4-0 dalam pertemuan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Meskipun meraih tiga mata penting tersebut, Cheng Hoe bagaimanapun perlu mengekalkan kemenangan apabila bakal berdepan bekas pasukannya, Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk pertemuan seterusnya pada 2 Disember di Stadium Darul Aman, Kedah.

Sharul Nazeem atau Afro (dua kanan) membuka tirai jaringan seawal minit ketiga membantu skuad Selangor meningkatkan keyakinan. — Facebook/MFL

Selepas meraih kemenangan di laman sendiri, Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 55 mata daripada 24 perlawanan, mengambil jurang lima mata daripada KDA FC di tempat ketiga, yang mempunyai 50 mata daripada 23 perlawanan.

Pastinya menewaskan Sang Kenari akan melebarkan jurang sekali gus memastikan mereka menduduki tempat kedua di belakang Johor Darul Takzim (JDT) yang menjamin tempat di peringkat benua.

“Kami perlu terus bekerja keras kerana dua perlawanan seterusnya bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kedah akan menjadi penentu dalam usaha kami untuk mendapatkan tiket Asia. Jadi anak-anak buah saya perlu bekerja keras setiap hari untuk meneruskan momentum ini.

“Bagi perlawanan menentang Perak, gol awal memberi keyakinan kepada kami. Kami tahu Perak telah banyak meningkat sebelum perlawanan, jadi saya memberitahu mereka untuk kekal fokus dan mereka bekerja keras sehingga tamat untuk mendapatkan kemenangan ini. Empat gol sememangnya istimewa,” katanya.

Dalam perlawanan ‘El Clasico Malaya tersebut, Sharul Nazeem, Mukhairi Ajmal, Yohandary Orozco dan Ayron del Valle antara yang membantu Selangor FC mencetak jaringan di laman sendiri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Muka fans Selangor berdarah, kereta penyokong jadi mangsa El Clasico kedua di MBPJ – Sukan

Next Post

Layangan kad kuning pertama di Olimpik, fizikal pemain skuad kebangsaan pernah jadi bahan jenaka – Sukan

Related Posts