Kecoh Lucas Paqueta panaskan bangku simpanan walaupun ‘positif Covid-19’

LUCAS Paqueta mencetuskan kontroversi apabila memanaskan bangku simpanan Lyon dalam perlawanan Liga Europa menentang West Ham United walaupun dilaporkan positif Covid-19 pada Khamis.

Difahamkan, pemain berusia 24 tahun itu menjalani satu lagi ujian pada petang Khamis yang kembali menunjukkan keputusan negatif.

Kemasukannya dalam skuad pada hari perlawanan menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan mengenai status kesihatannya.

Laporan menunjukkan Paqueta yang juga pemain tengah Brazil itu pertama kali diuji positif Covid-19 pada Rabu dan kemudian pulang untuk pengasingan.

Bagaimanapun, dia dinamakan dalam senarai bangku simpanan selepas terdapat perubahan pada keputusan ujian Covid-19.

Susulan itu, berlaku kekecohan dalam kalangan penyokong Hammers di media sosial sejak berita tersebut tersebar.

“Paqueta pulih secara ‘ajaib’ untuk Covid sejam sebelum perlawanan, tidak ada gunanya walaupun berada dalam senarai skuad jika kelab hanya boleh menukarnya pada saat-saat akhir,” menerusi satu ciapan di Twitter.

“Macam mana Paqueta terlibat? Dia benar-benar positif Covid pagi ini,” tulis seorang lagi. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tunjuk tabik hormat nazi ketika rai kemenangan, atlet Go-Kart Rusia terima padah

Next Post

Sah! Nemanja Matic umum bakal tinggalkan United

Related Posts